Pemvaksinan global, negara membangun tidak wajar dibuli

- Advertisement -

BEIJING: Di media arus perdana, kita sering dihidangkan dengan ungkapan segelintir negara tertentu mengenai “kepatuhan kepada kontrak”,  tetapi ada pihak yang dilihat gagal dalam mengotakan janji dalam membekalkan vaksin Covid-19.

Ini mengingatkan penulis, pada 14 April, Denmark dikatakan telah mengumumkan untuk menghentikan menggunakan vaksin AstraZeneca kerana risiko kesan sampingan yang serius.

Lebih menyedihkan negara Eropah Timur kini berlumba-lumba mendapatkan vaksin AstraZeneca kerana kesukaran untuk mendapatkan apa jua jenis vaksin.

- Advertisement -

Negara membangun tidak sepatutnya dijadikan mangsa permainan kuasa besar dan dibuli sesetengah negara Barat.

Tidak salah untuk pembekal vaksin mahu mengutamakan rakyat negara mereka, tetapi ia perlu dibuat secara berpada-pada.

Andai kapasiti pengeluaran tidak mencukupi, kenapa perlu memeterai kontrak dengan banyak negara lain.

Kegopohan itu menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut kerana banyak negara sudah membuat perancangan mengenai program imunisasi masing-masing berdasarkan jumlah vaksin yang ditempah.

Apabila gagal mematuhi kontrak bekalan, ia sekali gus menjejaskan program vaksinasi yang sudah dirancang.

Ada sesetengah negara sudah menerima dos pertama tetapi bekalan dos kedua masih belum kunjung tiba.

Kerugian yang perlu ditanggung kesan daripada kegagalan usaha imunisasi tidak boleh diganti dengan wang ringgit kerana ia berkaitan nyawa dan kesihatan rakyat.

Vaksin Covid-19 sewajarnya menjadi produk awam, inilah yang cuba diperjuangkan kerajaan China.

Beberapa hari lalu, lagi bahan Sinovac tiba di Jakarta dan setakat ini China sudah membekalkan sejumlah 140 juta dos kepada Indonesia selain menyediakan vaksin kepada lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.

 Kini terdapat lima jenis vaksin Covid-19 buatan China yang disahkan di negara ini, dan kira-kira 200 juta dos telah digunakan.

Pada masa sama, kapasiti pengeluaran pelbagai syarikat terus pertingkatkan.

Keupayaan mengawal wabak dengan berkesan membolehkan China menyediakan lebih banyak vaksin kepada dunia di samping menggalakkan pemvaksinan domestik dilaksanakan secara teratur. – BERNAMA

- Advertisement -