Pembaikan kabel dasar laut dibenar kepada kapal asing

- Advertisement -

SUSULAN permintaan Kabinet pada 14 April 2021 baru-baru ini yang meminta kementerian-kementerian berkaitan mengadakan perbincangan berkenaan kesan terhadap keputusan pengecualian dasar kabotaj, semalam Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memberikan pandangan dan input dalam Mesyuarat Khas yang diadakan. 

Kami telah menjelaskan secara terperinci bahawa Malaysia membenarkan mana-mana kapal asing untuk melakukan kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut di perairan negara, selagi tidak ada kapal tempatan yang boleh atau mampu melakukannya. Selain itu, proses permohonan untuk mendapatkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri atau ‘Domestic Shipping Licence’ juga kini dipercepatkan sehingga hanya tiga (3) hari bekerja sahaja. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan dalam Kabinet yang terlibat hari ini berhubung usaha MOT mempercepatkan proses tersebut ketika era pemerintahan PN.

- Advertisement -

Perbincangan semalam akan dikumpul dan dilaporkan dalam nota bersama kepada Kabinet pada 28 April 2021. Saya juga berpuas hati dengan komitmen MITI untuk terlibat dengan industri perkapalan bagi mendapatkan pandangan dan input agar suara mereka tidak terpinggir daripada perbincangan ini.

Mesyuarat Khas ini dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Hadir sama, Menteri Kewangan, Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Dato Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

MOT yesterday gave its input during the Special Discussion on the Impact of Revocation of Cabotage Policy Exemption following a Cabinet agreement on 14 April 2021 to hold an inter-ministerial discussion on the matter. 

We have taken the time to explain the details including how Malaysia does not restrict subsea cable repairs using foreign vessels as long as there are no available local cable repair ships, while also drastically reducing the time taken to obtain Domestic Shipping License approvals to as low as three working days. We appreciate the support and gratitude from our Cabinet colleagues involved today to MOT’s reduction of this process during the PN government. 

The discussion will be compiled and reported in a joint note to Cabinet on 28 April 2021. I am also gratified by MITI’s commitment to engage with the shipping industry to get their views and input so that their voice is not left out from this discussion.

Chaired by Minister of International Trade and Industry Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, we were joined by Minister of Finance Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Minister in the Prime Minister’s Department for Economic Planning Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Minister of Communication and Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah, Minister of Science, Technology and Innovation Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, and Minister of Entrepreneurship and Cooperatives Dato Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 21/4/2021

- Advertisement -