Nak berjaya tidak cukup berdoa sahaja

Photo by Masjid Pogung Dalangan on Unsplash
- Advertisement -

Bicara tentang kehidupan (Siri 9)

BERCAKAP tentang asbab musabab atau sunnah sababiah, biasanya orang akan bahas tentang perlunya kita mengambil sebab untuk melakukan sesuatu. Kalau nak berjaya, kena usaha. Tidak cukup dengan doa sahaja.

Tetapi selain itu, kena juga lihat secara vice versa. Maksudnya kalau benda sudah berlaku, pasti ada sebab yang membuatkan benda itu berlaku. Tiada yang kebetulan pada hak Allah.

Contohnya kalau tiba-tiba terima durian runtuh. Dapat bonus ke, menang cabutan bertuah ke, atau sales meningkat berganda. Mesti ada asbab yang membawa kepada perkara itu.

- Advertisement -

Asbab itu pula boleh jadi kerana ada kebaikan yang kita buat sebelum itu, menyebabkan Allah balas kebaikan dengan durian runtuh itu.

Mungkin sebab derma yang kita letak dalam tabung masjid. Mungkin juga sebab kita share nasihat di media sosial. Atau pun sebab kita belanja anak bini makan di kedai. Paling tidak pun, sebab kita senyum pada guard di tempat kerja.

Begitulah juga kalau kita terima musibah. Pasti ada benda salah yang kita buat sebelum itu.

Mungkin sebab kita ada mengumpat. Atau sebab kita membazir di bazar. Atau pun kerana kita tak jaga mata masa di bazar. Mungkin kesalahan paling halus, kita ada sangka buruk pada seseorang.

Mindset sebegini boleh memotivasikan kita. Pasti kita terdorong untuk terus buat baik supaya terus boleh nikmat. Tentu juga kita terdorong untuk tinggalkan dosa supaya musibah tidak lagi menimpa.

Sabda Rasulullah s.a.w:
واعْلَمْ أن ما أصابك لم يَكُنْ ليُخْطِئَكَ وما أخطأك لم يَكُنْ ليُصيبَكَ
Ketahuilah apa yang berjaya kamu lakukan memang tuhan tidak ingin kamu gagal. Apa yang kamu gagal lakukan memang tuhan tidak ingin kamu berjaya.
[HR Tirmizi] – HARAKAHDAILY 21/4/2021

- Advertisement -