Sebaran salah mengenai vaksin Sinovac

- Advertisement -

ENTAH dari mana Ustaz penceramah ini buat rujukan pasal Vaksin Sinovac? Baham rambang macam gitu saja dalam kuliah. 

Berikut jawapan Dr Tengku Muhammad Tengku Muhammad Fakhruddin:

Ramai yang bertanya berkenaan vaksin Sinovac yang baru sampai ke tanah air tercinta pagi ini. Ada yang meragui bahan-bahan yang ada dalam vaksin dan ada yang meragui mengenai keselamatan vaksin. Vaksin Sinovac berbeza dengan Vaksin Pfizer kerana menggunakan virus ternyahaktif sebagai komponen utama. Vaksin ini merupakan vaksin konvensional biasa yang telah digunakan sebelum ini.

Pak Jokowi Presiden Indonesia juga telah disuntik dua dos Vaksin Sinovac. Mesej kempen immunisasi COVID-19 di Indonesia jelas: Vaksin Aman dan Halal. Seramai 1 juta orang telah disuntik dan kesan sampingan hanya minimal dan hilang beberapa hari. Yang menarik proses pembuatan vaksin ini telah diteliti oleh Majlis Ulamak Islam Indonesia dan keputusannya adalah vaksin ini Halal. Ini antara 5 sebab kenapa vaksin halal:

- Advertisement -

1. Proses pembuatan vaksin bermula dari pembiakan verocell (sel ginjal monyet). Virus akan dibiakkan di atas verocell. Selepas itu, virus akan dinyahaktif sebelum melalui proses purifikasi. Setelah purifikasi, vaksin akan dibentuk daripada virus tak aktif dan akan dibungkus untuk diedarkan.

2. Proses pembuatan tidak melibatkan babi atau bahan yang tercemar babi dan keturunannya.

3. Tidak menggunakan bahagian anggota tubuh badan manusia.

4. Bersentuhan dengan bahan yang dikategorikan najis Mutawassitah (VeroCell) tetapi telah dilakukan penyucian yang memenuhi ketentuan penyucian syarak (tatthir syar’i).

5. Menggunakan fasiliti pembuatan yang suci dan fasiliti ini hanya digunakan untuk pembangunan Vaksin Sinovax.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 20/4/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -