Pemuda PAS Perak jayakan agenda Perpaduan Ramadan

- Advertisement -

IPOH: Perpaduan dan kerjasama dalam berbuat kebaikan sangat dituntut dalam Islam bagi memastikan kesejahteraan hidup masyarakat berterusan lebih-lebih lagi melibatkan masyarakat majmuk di Malaysia.

- Advertisement -

Justeru itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait bersama pimpinan harian Dewan Pemuda PAS Perak mengadakan kunjungan ke Pejabat Majlis Belia Negeri (MBN) Perak di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak di sini, hari ini.

Katanya, Pemuda PAS komited untuk memastikan segala bentuk hubungan dan kerjasama dijalinkan dengan baik serta merentas parti dan ideologi selagi tidak bertentangan dengan perlembagaan.

“Hubungan dua hala sebegini harus diteruskan bagi mengekalkan momentum kerjasama malah mengambil semangat perpaduan di bulan Ramadan,” ujar Ustaz Faisal.

Pertemuan tersebut di atur Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) DPPN Perak bertujuan meluaskan lagi jaringan kerjasama dan ukhuwwah dalam memartabatkan agenda pemerkasaaan belia dan pemuda.

Ziarah mahabbah DPPN Perak kali ini disambut Presiden, Aswanuddin Harifuddin, Timbalan Presiden dan Exco MBN Perak yang turut berkongsi tentang tanggungjawab dan peranan skop kerja pertubuhan masing-masing.

Pesan Ustaz Faisal lagi, tiada istilah ‘kita lebih baik’, kerana hakikat kehidupan kita saling melengkapi satu sama lain. Malah konsep kerjasama atau ‘taawun ala birri wa taqwa’ menjadi asas perjuangan Pemuda PAS Perak. – HARAKAHDAILY 20/4/2021

- Advertisement -