Mayat terbakar di tepi jalan dipercayai wanita

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan yang ditemukan di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini Sabtu lepas, dipercayai seorang wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan mayat itu adalah milik orang yang dilaporkan hilang sebelum ini.

- Advertisement -

“Polis ada menerima beberapa laporan orang hilang pada hari sebelum dan selepas mayat itu ditemukan Sabtu lepas.

“Selain itu, kita mengambil sampel untuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik) beberapa ahli keluarga yang berpotensi ada kaitan dengan mayat tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat untuk disuai padan dengan DNA mayat berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mayat itu ditemukan pekerja pembersihan pada kira-kira 7.15 pagi dan mangsa disyaki dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi penemuan serta dibakar. – BERNAMA

- Advertisement -