Umat Islam di Palestin berdepan 2 ancaman serentak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Umat Islam di negara ini hanya terhalang bergerak bebas kerana penularan wabak Covid-19, sebaliknya di Palestin umat Islam negara itu berdepan pula serangan peluru dan bom.

Di samping berdepan dengan Coronavirus, umat Islam di Gaza sering dihujani serangan bom yang meledak di bumi mereka.

Ini bermakna penduduk Islam di Gaza berdepan dengan dua ancaman serentak iaitu Covid-19 dan serangan bom dilancar tentera Israel.

Pengasas NGO Cakna Palestin Malaysia, Nazri Deraman berkata, umat Islam di Palestin memerlukan sokongan dan sumbangan penduduk Muslim di negara ini bagi meneruskan kelangsungan hidup.

- Advertisement -

Katanya, NGO terbabit membantu umat Islam di Palestin bagi mengurangkan sedikit penderitaan mereka.

“Kami menghantar sumbangan melalui wakil mereka di Malaysia yang sampai pada hari sama selepas dimasukkan ke dalam akaun.

“Sumbangan yang dimasuk ke dalam akaun sebelum jam 6.30 petang akan diterima penduduk Islam di Palestin pada hari yang sama.

“Bagaimanapun bagi sumbangan yang dibuat selepas jam 6.30 patang ia akan disampaikan pada keesokan harinya,” katanya di sini.

Katanya, penganjur program sumbangan tersebut merupakan kenalannya yang tinggal di Semenanjung Gaza, Palestin.

“Saya berurusan dengan rakyat Palestin yang belajar di Malaysia. Mereka
insan yang boleh dipercayai, amanah dan terbukti keikhlasan melalui beberapa program yang saya sendiri terlibat sejak lebih 19 tahun.

“Saya juga dilantik sebagai wakil sah Malaysia oleh NGO The Palestinian Association For Development & Benevolent Works,” katanya.

Menurutnya juga, pada Ramadan tahun ini merupakan kali ketiga beliau menganjurkan program tersebut.

Sementara itu, Pertubuhan Cakna Palestin menghantar kira-kira RM40,000 untuk dimanfaatkan warga Gaza sempena Ramadan tahun ini.

“Kami menganggarkan untuk hantar RM300,000 tahun ini. Jom kita pastikan anak-anak saudara kita di Gaza dapat berpuasa dengan gembira melalui menyediakan makanan untuk mereka,” katanya di Facebook Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Cakna Palestin melalui Bank Islam: 0301 8010 1229 39, Maybank: 5530 3803 3881 atau CIMB: 8601 7945 07. – HARAKAHDAILY 19/4/2021

- Advertisement -