Puasa mengandungi didikan jihad melawan hawa nafsu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nafsu ibarat kuda liar yang hanya dapat dijinakkan apabila pemiliknya memasang tali kekang pada mulut kuda bagi mengawalnya, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hasi Awang.

Beliau berkata, begitu juga ibadat puasa, ia mengandungi didikan jihad bagi melawan hawa nafsu yang ingin kepada kelazatan hidup dunia.

- Advertisement -

“Nafsu dibantu oleh godaan syaitan yang datang dengan pelbagai cara,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya, orang yang berpuasa mendapat kekuatan dan diselamatkan daripada godaan syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadan.

“Manakala orang yang tidak berpuasa pula dengan sengaja akan merungkai ikatan syaitan yang dibelenggu.

“Maka tidak hairanlah apabila kejahatan masih berlaku dalam bulan Ramadan kerana mereka tidak berpuasa mengikut pengertian yang sebenar,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. – HARAKAHDAILY 19/4/2021

- Advertisement -