NGO sumbang 5,000 pelitup SK Taman Nirwana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penularan pandemik Covid-19 memaksa semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan wabak tersebut terus merebak.

Antara keperluan utama pelitup muka, amalan penjarakan fizikal dan kerap membasuh tangan. Amalan itu sebagai menyahut seruan kerajaan ‘lindung diri, lindung semua’.

- Advertisement -

Mengambil kira pematuhan SOP tersebut Persatuan Rekreasi Generasi Ampang Jaya (GENERASI) tampil menyampaikan sumbangan 5,000 facemask kepada Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana baru-baru ini.

Wakil NGO terbabit Dato’ Iskandar A Samad berkata, usaha tersebut sedikit sebanyak dapat membantu sekolah terbabit bagi memutus rantaian Covid-19.

“GENERASI mengucapkan terima kasih di atas penerimaan pihak sekolah yang diwakili oleh guru-guru pada majlis tersebut,” katanya.

Turut hadir pada program berkenaan Suhaimi Ghazali, Hashim Johari, Zamri Safaie, Zulkifli Yahya, Abdul Razak Wahab dan Musalmah Osman daripada Pusat Khidmat PAS Pandan.

NGO terbabit antara kumpulan komuniti masyarakat yang aktif bagi membantu penduduk dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan Ampang, Pandan dan sekitarnya. – HARAKAHDAILY 18/4/2021

- Advertisement -