MP Kubang Kerian serah sumbangan RM105,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM105,000 kepada semua imam, bilal dan siak di seluruh masjid serta surau di dalam kawasan parlimen itu.

Menurutnya, sumbangan itu untuk menghargai tanggungjawab mulia mereka sempena bulan Ramadan al-Mubarak.

- Advertisement -

Selain itu, beliau turut mengagihkan 500 kit bakul Ramadan yang bernilai RM100 setiap satu kepada mereka yang memerlukan di bawah Parlimen Kubang Kerian.

“Semoga mereka dapat meraikan bulan yang mulia dengan keperluan yang mencukupi. Insya-Allah,” tulisnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menerima sumbangan bantuan kelengkapan sekolah berjumlah RM20,000 untuk Parlimen Kubang Kerian daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena program Ceria Ke Sekolah Peringkat Negeri Kelantan.

“Insya-Allah, bantuan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk anak-anak Kubang Kerian,” ujarnya yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air. – HARAKAHDAILY 18/4/2021

- Advertisement -