MCA ‘kunci mulut’ soal agihan kerusi PRU

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: MCA mengunci mulut berhubung soal pengagihan kerusi bersama parti komponennya dalam Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyifatkan terlalu awal untuk soal berkenaan dibangkitkan.

- Advertisement -

“Kita kena bekerja setiap masa. Kita tidak mahu jadi bidan terjun hanya berada di kawasan menjelang atau sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja. Ini tidak dialukan,” kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di Ibu Pejabat MCA itu di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata MCA perlu mempunyai satu gerak kerja yang kukuh untuk mendampingi rakyat kerana buat masa ini, terdapat banyak isu yang harus diberi perhatian termasuklah membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

“Pada ketika ini kita sepatutnya tunjuk keprihatinan kerana ada rakyat hidup susah. Kita perlu hulur bantuan dengan menggunakan jaringan yang ada,” katanya.

Beliau juga berkata:”MCA, MIC dan Umno adalah adik beradik, bersama dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kita adalah satu keluarga”. – BERNAMA

- Advertisement -