Varian baru COVID-19 sudah masuki negara

- Advertisement -

MENTERI Kesihatan telah mengisytiharkan negara kita sudah pun dimasuki oleh varian baharu COVID-19. Walaupun ianya dalam jumlah yang sedikit tetapi virus COVID-19 varian baharu ini memberikan satu kebimbangan kepada negara kita.

Varian adalah bentuk baharu virus setelah berlaku mutasi. Virus SARS-Cov-2 (COVID-19) itu telah berubah bentuk sesungutnya (Spike). Bentuk badan sama dengan virus asal, cuma sesungut semakin cepat dan kuat melekat kepada sel perumah. Ini menjadikan kes yang dijangkiti COVID-19 semakin ramai. Dari sudut virulan (sifat ganasnya) masih belum ditentukan pada masa ini, cuma magnitud (impak) jangkitan akan semakin ramai yang kena. Jadi kalau ramai kena, jumlah kes positif yang serius dan meninggal dunia juga meningkat.

- Advertisement -

Sehingga kini terdapat 3 varian telah dikenal pasti:

(1) B.1.1.7. Varian pertama yang ditemui pada September 2020 di United Kingdom. Serangan dari varian ini melibatkan 60 peratus kes di UK pada Disember 2020 dan dicatatkan berlaku juga di 80 buah negara lain.
(2) B.1.351. Pertama ditemui di Afrika Selatan awal Oktober 2020 lalu. Dilaporkan 41 buah negara lain dijangkiti oleh B.1.351 ini. Selain dari cepat merebak, varian ini juga mampu untuk melawan antibodi pesakit yang telah pun positif COVID-19 sebelum ini. Bermakna seseorang itu senang dijangkiti dan mampu dijangkiti semula oleh varian ini.
(3) P.1. Ia dikenali juga sebagai varian Brazil yang dijumpai pada Januari 2021 itu lalu ianya bermula dari seorang pengembara dari Brazil yang ingin memasuki Jepun dan apabila diuji bahawa beliau mempunyai varian P.1 ini. Profil varian P.1 ini masih belum diketahui dengan jelas.

Apa yang perlu kita lakukan? Sudah pasti saringan ketat di sempadan negara amat perlu. Kita yang sudah berada dalam negara, kekalkan patut apa sahaja yang diarahkan oleh pihak berkuasa. Jangan cuba memandai buat teori sendiri kemudian menakut-nakutkan orang lain. Bagaimana pula dengan vaksin? Adakah boleh mencegah semua varian baharu? Tunggu… Siri 2.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 16/4/2021

Rujukan:
[1] Walensky RP, Walke HT, Fauci AS. SARS-CoV-2 Variants of Concern in the United States—Challenges and Opportunities. JAMA.2021;325(11):1037–1038. doi:10.1001/jama.2021.2294
[2] Robert Bollinge, Stuart Ra. New Variants of Coronavirus: What You Should Know. John Hopkins Medicine Online. February 2021.
[3] Jill Seladi-Schulma, Cameron Whit. How Many New Coronavirus Variants Are There? Health Online. March 12, 2021.

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

 

- Advertisement -