Tukar kerajaan…

- Advertisement -

ADA YANG bertanya saya? Apa pandangan SOP COVID-19 ini? Saya jawab… Banyak yang saya tak setuju… Praktikalnya serba tak kena. Lalu dia jawab… Kita kena tukar kerajaan ini… Saya tersenyum… 

Isu COVID-19 ini isu baru dalam masyarakat. Ia memerlukan percubaan demi percubaan. Tidak ada satu penyelesaian tuntas. Kita perlu mencuba dan mencuba hingga ada satu kaedah sempurna yang mampu dan terbukti keberkesanannya.

- Advertisement -

Mana-mana kerajaan dalam dunia pun belum miliki kaedah terbaik. Sama ada suntikan vaksin, penjarakan sosial dengan pelbagai peraturan dan SOP hinggalah denda dan tindakan undang undang. Kerajaan kita juga mencuba. Kerajaan rapuh yang terbina dari rasa kecewa yang bersangatan dengan pengurusan ‘main-main’ PH. Kerajaan yang diharap sekurang-kurangnya membebaskan rakyat dan negara dari belenggu pembohongan dan penindasan.

Suka saya ingatkan bagi Melayu, Cina, India atau bangsa apapun yang mudah lupa, Kerajaan PH memerintah negara dengan momokan negara hampir muflis. Segala perbelanjaan dikurangkan untuk membantu rakyat.

Kakitangan awam terutama kontrak dijadikan sasaran pemberhentian. Kakitangan tetap kerajaan cuba dikurangkan. Kajian menghapus pencen atas alasan membebankan. Namun secara senyap bantuan sekolah Cina masuk dan bertambah.

Bantuan kepada rakyat dikenang hingga kini sebagai sejarah RM30. Dicanang dan dibanggakan. Nasihat kawalan penularan COVID-19 dianggap gurauan. Disambut dengan sinis. Apabila semua ini diungkit kembali, mereka berlepas diri kononnya itu ketika Tun Mahathir (Tun M) sebagai Perdana Menteri (PM). Senangnya meletak beban kepada Tun M. Sekurang-kurangnya rakyat bersyukur kerana Tun M meletakkan jawatan yang merintis kejatuhan kerajaan kencing rakyat selama 22 bulan.

Ketika penularan COVID, kerajaan telah bertindak pantas seawal mengambil alih kepimpinan. Kawalan dan sekatan yang berterusan menjadi sindiran pemimpin PH yang kesawanan hilang jawatan berterusan. Kerajaan bertindak pantas menyalur bantuan langsung kepada rakyat di saat kritikal. Entah dari mana datangnya duit berbilion yang dijaja negara hampir muflis oleh PH. Paling melucukan, tanpa malu mereka mendakwa itu hasil jimat cermat mereka. Masih lagi nak kencing rakyat.

Kita akui banyak kelemahan kerajaan yang ada. Mereka memerintah dengan gangguan politik serta ugutan berterusan. Dari kawan dan lawan. Keruntuhan ekonomi dunia lantaran COVID-19. Kemelut hidup rakyat yang berterusan.

Semua masalah ini dipikul dengan penuh tanggungjawab. Mengharapkan kerajaan ini terbaik adalah hampir mustahil. Namun ia jauh lebih baik dari 22 bulan pemerintahan PH. Siapapun yang memerintah belum tentu mampu menangani kemelut sukar ini.

Bagi saya, kekecewaan terhadap SOP yang dibentang kerajaan bukanlah alasan menukar kerajaan. Jika itu satu ukuran… Akan berterusan golongan seperti PH yang mengambil kesempatan. Cukup sudah emosi kita dimainkan untuk kesempatan politik golongan berkepentingan. Segalanya perlu dinilai dengan fakta dan realiti serta timbangan adil semasa.

Paling penting, kita tak lupa sejarah. Kerana sejarah mengajar kita erti kehidupan. Jangan yang dikendong berciciran… Yang dikejar adalah bayang penipuan… 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 16/4/2021

- Advertisement -