‘Tren ini lebih baik, selesa dan canggih’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tren ini lebih baik, selesa dan canggih daripada tren konvensional,” kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman mengenai tren Diesel Multiple Unit (DMU).

Beliau turut menerima surat jemputan daripada Kementerian Pengangkutan untuk turut sama menghadiri pelancaran DMU di Wakaf Bharu oleh Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Ir Dr Wee Ka Siong, baru-baru ini.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau turut serta mencuba menaiki DMU dari Wakaf Bharu Ke Pasir Mas bersama-sama Menteri Pengangkutan dan timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah.

Bagi beliua, tren DMU yang menggantikan lokomotif dan koc penumpang mampu merancakkan sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di kawasan Pantai Timur.

Tambahnya, tren itu lebih baik, selesa dan canggih daripada tren konvensional kerana mampu menampung keperluan termasuk mempunyai tempat simpan beg, ada soket kuasa, bilik solat, tandas dan lebih mesra orang kelainan upaya (OKU) selain kerusinya yang cukup selesa.

“Saya juga mengambil peluang untuk berkongsi pandangan dengan YB Menteri dan Timbalan Menteri berkaitan fenomena #TrainToDabong yang mana ianya adalah peluang terbaik untuk rakyat Dabong dan Kuala Krai,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook beliau, kelmarin.

Beliau berharap tren DMU itu menjadi pemangkin kepada pelancongan dan Kuala Krai menyambut baik dan bersedia untuk tujuan tersebut. – HARAKAHDAILY 15/4/2021

- Advertisement -