Polis sahkan audio PKP Kelantan palsu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis mengesahkan berita tular mengenai sebuah audio yang menyatakan Kelantan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar.

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Shafie Mamat berkata, perkara itu disahkan ia berikutan penularan rakamanan audio yang disebarkan di media sosial beberapa hari lalu menyatakan Kelantan dikenakan PKP.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menular atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

- Advertisement -

“Ini kerana dengan penyebaran maklumat berita palsu atau diragui kesahihanya tindakan tegas boleh diambil jika terdapat perlakuan salah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya pada kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial Kelantan dikatakan dipersetujui untuk pengisytiharaan PKP mulai 14 Apr hingga 21 April ini.

Turut ditularkan penularan wabak Covid-19 kemugkinan disebabkan perantau anak Kelantan pulang menjelang Ramadan dan cuti sekolah.

Bagaimanapun anggota Exco kerajaan negeri Dr Izani Husin menafikan berita tersebut kerana penentuan pelaksanaan PKP di bawah bidang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Shafie juga berkata, PDRM menasihati orang ramai merujuk laman web rasmi MKN bagi mendapat maklumat terkini mengenai arahan semasa. – HARAKAHDAILY 14/4/2021

- Advertisement -