Perlis pandang serius kes salah guna nama istana

Tuanku Raja Perlis
- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis memandang serius cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba menyalahgunakan nama Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Muda Perlis untuk tujuan kepentingan tertentu.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan berkata, tindakan pihak terbabit dianggap untuk mendapat kelonggaran dalam urusan atau perkara yang berkait dengan kepentingan kerajaan.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri menggesa supaya mana-mana jabatan atau agensi yang dihampiri pihak-pihak yang cuba untuk menyalahgunakan nama baginda atau mana-mana anggota Kerabat DiRaja Perlis mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan boleh diambil berdasarkan kepada peruntukan undang-undang. DYMM Tuanku Raja merupakan payung negeri yang menaungi seluruh hal ehwal dan keberadaan rakyat Perlis,” katanya di sini.

Menurutnya juga kemuliaan dan kehormatan Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Muda Perlis serta kaum kerabat Keluarga DiRaja Perlis sentiasa dijaga dan menjadi perhatian utama kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 14/4/2021

- Advertisement -