Ubat cacing pula didakwa rawat COVID-19

- Advertisement -

BERIKUT update terbaru berkaitan dengan Ivermectin atau ubat cacing yang setengah pihak mencanang supaya digunakan bagi merawat COVID-19. Kononnya pesakit perlu ambil seminggu sahaja semua COVID-19 akan mati dan kita kembali kepada nombor. Baik, berikut ini adalah kajian terbaharu yang telah pun disiarkan dalam jurnal berwasit.

Dua kajian yang sedang yang telah pun direview oleh pakar (peer reviewed) yang menunjukkan tidak ada manfaat pemberian Ivermectin (IVM) kepada manusia dalam merawat COVID-19. Untuk maklumat, IVM setakat ini telah diluluskan dalam negara kita untuk digunakan kepada haiwan. 

- Advertisement -

Kajian 1: Kajian agak besar saiz sampel, 400 seorang yang telah disiarkan dalam JAMA, Mac 2021. Membahagikan di antara orang dewasa yang diberi IVM dan Placebo bagi merawat COVID-19 sederhana selama lima hari. Kesimpulan kerja menjana mendapati bawa IBM tidak pun mempercepatkan penyembuhan COVID-19. [1]

Kajian kedua yang telah di siarkan dalam The Lancet’s EClinicalMedicine pada Februari lalu. Kajian berskala kecil hanya 20 orang pesakit COVID-19 menerima satu dos IVM atau Plasebo dalam tempoh 72 jam dari gejala. Setelah 7 hari pemberian IVM tersebut, didapati bahawa tidak ada perbezaan yang jelas di antara orang yang diberikan IVM atau Plasebo. [2]

Diharap para saintis dapat mencari solusi terbaik bagaimana untuk merawat COVID-19 selain daripada pemberian vaksin yang sedang di jalankan seluruh dunia buat masa ini.

Inilah kaedah sumber kajian yang kita rujuk bagi memastikan setiap bahan yang diberikan kepada rakyat adalah mengikut disiplin dalam ilmu bukannya pendapat peribadi ataupun pendapat segelintir manusia yang mempunyai kepentingan tertentu. Perubatan itu dinamik dan jika terdapat kajian-kajian yang sahih terbukti maka kita akan mengikutnya.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 13/4/2021

Rujuk:
[1] Eduardo López-Medina; Pío López; Isabel C. Hurtado et. al. Effect of Ivermectin on Time to Resolution of Symptoms Among Adults With Mild COVID-19A Randomized Clinical Trial. JAMA. Published online March 4, 2021. doi:10.1001/jama.2021.3071
[2] Chaccour, Carlos et al. The effect of early treatment with ivermectin on viral load, symptoms and humoral response in patients with non-severe COVID-19: A pilot, double-blind, placebo-controlled, randomized clinical trial. The Lancet’s EClinicalMedicine, Volume 32, 100720

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -