PASRelief edar kurma untuk barisan hadapan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan, PASRelief mengagihkan kurma bersempena Program Smile Dates kepada barisan hadapan negara di sekitar ibu kota, semalam.

- Advertisement -

Program Smile Dates bertujuan untuk menghargai keringat dan susah payah petugas barisan hadapan negara sepanjang Malaysia dijangkiti wabak berjangkit, Covid-19.

Antara lokasi terlibat termasuk Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Balai Polis Chow Kit, Balai Bomba Sentul dan Skuad Penyelamat Dewan Bandara Kuala Lumpur.

Program turut dihadiri dan dijayakan bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Timbalan DMPM, Dr Rosni Adam dan Ahli Jawatankuasa DMPM, Norhafiza Fadzil.

Smile Dates yang diagih merupakan hasil sumbangan orang ramai melalui PASRelief untuk disalurkan kepada barisan hadapan.

Hasil sumbangan juga turut diagihkan kepada mereka yang memerlukan bukan sahaja di dalam Malaysia, bahkan di luar negara juga. – HARAKAHDAILY 13/4/2021

- Advertisement -