PAS Merbok santuni warga sempena Ramadan

- Advertisement -

MERBOK: PAS Kawasan Merbok telah menyantuni orang ramai menerusi agihan buah kurma kepada orang ramai di Pekan Merbok, di sini semalam.

Program dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung Dawai ini bertujuan mengeratkan silaturrahim kemasyarakatan dan menyemarakkan Ramadan.

- Advertisement -

Edaran oleh pimpinan PAS Merbok ini diketuai Yang Dipertua, Ustaz Azizan Hamzah dan ADUN Tanjung Dawai, Ustaz Hanif Ghazali selaku juga Timbalan Yang Dipertua.

Sebanyak 500 pek yang turut berisi kismis dan buah tin kering diedarkan termasuk kepada anggota bertugas di Balai Polis Merbok dan Pusat Kesihatan Merbok.

Ia sekali gus sebagai menyatakan penghargaan atas komitmen mereka dalam menjayakan tugas penting bagi negara di mana kini menjadi ‘frontliners’ mengekang COVID-19.

“Jumlah kurma 500 kotak telah diagihkan di Merbok yang terlibat AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan termasuk Jabatan Amal kepada sasaran orang awam, Balai Polis dan Pusat Kesihatan Merbok. 

“Program amat bermakna bagi menyantuni masyarakat walaupun nilainya tak seberapa tetapi yang lebih penting hubungan parti dengan orang ramai dapat dilaksanakan dalam suasana harmoni.

“Program ini patut diteruskan oleh kerana dapat menyantuni orang ramai dan masyarakat secara langsung dengan parti sekali gus membawa agenda kebaikan Kerajaan PN,” ulasnya. – HARAKAHDAILY 13/4/2021

- Advertisement -