Kenapa dinamakan sebagai bulan Ramadan

- Advertisement -

Erti puasa

- Advertisement -

Puasa الصوم dari sudut bahasa ialah الإمساك yaitu menahan dari melakukan sesuatu.

Adalah orang arab apabila mereka mengatakan perkataan imsak ertinya ialah menahan diri.

Berkata Imam Al-Mawardi:

أَمَّا الصَّوْمُ فِي اللُّغَةِ: فَهُوَ الْإِمْسَاكُ يُقَالُ صَامَ فُلَانٌ بِمَعْنَى أَمْسَكَ عَنِ الْكَلَامِ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى {إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً) {مريم: 26) أَيْ: صَوْمًا وَسُكُوتًا

Ertinya: “Adapun puasa pada sisi bahasa maka iaitu bererti menahan. Dikatakan seorang itu puasa ertinya menahan dari berkata-kata. Telah berfirman Allah Taala: Sungguhnya aku telah bernazar bagi Tuhan akan berpuasa ertinya akan diam dari berkata-kata.”

Dan erti puasa dari sudut syarak ialah:

الإمساك عن المفطر من طلوع الفجر إلى غروب الشمس بنية

Ertinya: “Menahan dari perkara yang membatalkan puasa dari masa terbit fajar hingga masa tenggelam matahari dengan berniat.”

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

إمْسَاكُ الْمُسْلِمِ الْمُمَيِّزِ عَنْ الْمُفْطِرَاتِ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ إلَى آخِرِهِ بِالنِّيَّةِ سَالِمًا مِنْ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ وَالْوِلَادَةِ وَمِنْ الْإِغْمَاءِ وَالسُّكْرِ فِي بَعْضِهِ

Ertinya: “Menahan diri oleh seorang Islam yang telah mumayyiz dari segala yang membatalkan puasa dari awal hari hingga akhirnya dengan niat dan keadaannya selamat dari haid dan nifas dan wiladah dan dari pengsan dan tidak sedar pada sebahagian hari.” (Kitab Asnal Matalib)

Hukum puasa Ramadan

Hukum puasa Ramadan adalah wajib dengan ijmak ke atas sekalian orang Islam yang mukallaf yang tidak ada keuzuran dan tidak wajib atas orang kafir yang asli sekalipun di akhirat dia akan diazab kerana meninggalkan puasa.

Dan adapun puasa selain Ramadan maka tidak wajib atas orang Islam melainkan puasa qada atau nazar atau kafarah.

Berkata Imam Nawawi:

لَا يَجِبُ صَوْمُ غَيْرِ رَمَضَانَ بِأَصْلِ الشَّرْعِ بِالْإِجْمَاعِ وَقَدْ يَجِبُ بِنَذْرٍ وَكَفَّارَةٍ وَجَزَاءِ الصَّيْدِ وَنَحْوِهِ وَدَلِيلُ الْإِجْمَاعِ قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ سَأَلَهُ الْأَعْرَابِيُّ عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ ” وَصِيَامُ رَمَضَانَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ قَالَ لَا إلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ ” رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ مِنْ رِوَايَةِ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

Ertinya: “Tidak wajib puasa selain puasa Ramadan dengan sandaran syarak dengan ijmak ulamak. Dan terkadang wajib puasa sebab nazar dan kafarah dan denda memburu ketika ihram dan dan seumpamanya. Dan dalil ijmak itu ialah sabda Nabi SAW ketika bertanya kepadanya oleh seorang arab dusun dari hal agama Islam lalu Nabi SAW bersabda: Dan wajib puasa Ramadan. Berkata lelaki itu: Adakah yang lain wajib atasku? Jawab Nabi SAW: Tidak ada melainkan kamu puasa yang sunat. Meriwayatkannya oleh Bukhari dan Muslim dari riwayat Talhah bin Ubaidillah r.a.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)

Berkata Imam As-Syairazi:

يجب صوم شهر رمضان على كل مسلم بالغ عاقل قادر على الصوم فأما الكافر فإن كان أصليا لم يجب عليه وان كان مرتدا وجب عليه

Ertinya: “Wajib puasa bulan Ramadan atas setiap Muslim yang baligh yang berakal yang mampu atas berpuasa. Maka adapun orang kafir maka jika ada ia kafir yang asal nescaya tidak wajib atasnya puasa dan jika ada ia kafir murtad nescaya wajib atasnya puasa.” (Kitab At-Tazkirah)

Apabila masuk Islam oleh orang yang kafir maka tidak wajib atasnya qada puasa kerana tidak dihadapkan kewajipan berpuasa atasnya masa kafir kerana tiada sah puasa dari orang yang kafir.

Jika orang murtad masuk Islam semula nescaya wajib atasnya qadha sekalian puasa yang ditinggalkan pada masa murtadnya sebagai hukuman atasnya.

Berkata Imam As-Syairazi:

فأما الكافر فانه ان كان أصليا لم يخاطب في حال كفره لانه لا يصح منه فان اسلم لم يجب عليه القضاء لقوله تَعَالَى (قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ ما قد سلف) ولان في إيجاب قضاء ما فات في حال الكفر تنفيرا عن الاسلام وان كان مرتدا لم يخاطب به في حال الردة لانه لا يصح منه فان اسلم وجب عليه قضاء ما تركه في حال الكفر لانه التزم ذلك بِالْإِسْلَامِ فَلَمْ يَسْقُطْ عَنْهُ بِالرِّدَّةِ كَحُقُوقِ الْآدَمِيِّينَ

Ertinya: “Maka adapun orang yang kafir itu jika ada ia kafir asli nescya tidak dihadapkan kewajipan berpuasa pada ketika kafirnya kerana sungguhnya tidak sah puasa daripadanya. Maka jika dia masuk Islam maka tidak wajib atasnya qada kerana firman Allah Taala: Katakanlah bagi orang-orang yang kafir itu jika mereka berhenti dari kekafiran mereka itu nescaya akan diampunkan bagi mereka apa telah lalu. Dan dari kerana pada mewajibkan qada apa yang telah luput pada masa kafir itu akan meliarkan mereka dari agama Islam. Dan jika ada ia kafir murtad nescaya tidak dihadapkannya dengan wajib puasa pada ketika murtad itu kerana sungguhnya tidak sah puasa daripadanya. Maka jika masuk Islam yang murtad itu nescaya wajib atasnya qada barang yang dia tinggalkannya ketika dia murtad itu kerana jadi wajib yang demikian itu dengan Islamnya dan tidak gugur sama sekali daripadanya sebab murtad sama seperti segala hak-hak manusia.” (Kitab Al-Muhazzab)

Sejarah diwajibkan dan waktu puasa

Puasa difardukan pada tahun kedua Hijrah Nabi SAW.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini:

وَفرض فِي شعْبَان فِي السّنة الثَّانِيَة من الْهِجْرَة

Ertinya: “Dan difardukan puasa Ramadan pada bulan Sya’ban pada tahun kedua daripada Hijrah.” (Kitab Al-Iqna’)

Dan telah ijmak bahawa umat yang sebelum umat Nabi SAW telah diwajibkan oleh Allah dengan berpuasa dan berkhilaf oleh ulamak tentang rupa dan kadar puasa yang diwajibkan atas umat yang dahulu itu.

Menyebut oleh Imam Al-Qurtubi:

قال الشعبي وقتادة وغيرهما: التشبيه يرجع إلى وقت الصوم وقدر الصوم، فإن اللّه تعالى كتب على قوم موسى وعيسى صوم رمضان فغيروا، وزاد أحبارهم عليهم عشرة أيام ثم مرض بعض أحبارهم فنذر إن شفاه اللّه أن يزيد في صومهم عشرة أيام ففعل، فصار صوم النصارى خمسين يوما، فصعب عليهم في الحر فنقلوه إلى الربيع.

Ertinya: “Telah berkata As-Sya’bi dan Qatadah dan lain dari keduanya: Penyerupaan dengan puasa umat terdahulu kembali kepada waktu puasa dan kadarnya. Maka sungguhnya Allah Taala telah mewajibkan atas kaum Nabi Musa a.s. dan Isa a.s. akan puasa Ramadhan kemudian mereka telah memindanya. Pendita-pendita mereka telah menambah atas mereka sepuluh hari puasa (dari yang telah diwajibkan) kemudian jatuh sakit sebahagian pendita mereka itu lalu dia bernazar jika Allah sembuhkan sakitnya itu dia akan menambah pada puasa mereka sepuluh hari lalu dilakukan seperti itu maka jadilah puasa kaum Nasara itu lima puluh hari. Tidak lama selepas itu jadi menyukarkan mereka dengan puasa yang banyak itu pada musim panas lalu mereka menukar akan masa puasa itu ke musim sejuk.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi)

Kelebihan ibadah puasa

Berkata Imam Al-Qurtubi:

فضل الصوم عظيم، وثوابه جسيم، جاءت بذلك أخبار كثيرة صحاح وحسان ذكرها الأئمة في مسانيدهم، وسيأتي بعضها، ويكفيك الآن منها في فضل الصوم أن خصه اللّه بالإضافة إليه، كما ثبت في الحديث عن النبي صلى اللّه عليه وسلم أنه قال مخبرا عن ربه:
(يقول اللّه تبارك وتعالى كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به) الحديث.

Ertinya: “Kelebihan berpuasa itu amat besar dan ganjaran pahalanya amat banyak. Telah datang menerangkan dengan yang demikian itu hadis yang banyak dari hadis sahih dan hasan yang telah menyebut akan dia oleh imam-imam hadis dalam kitab-kitab mereka. Dan lagi akan datang sebahagiannya dan memadailah akan kamu tentang kelebihan puasa itu buat masa ini sungguhnya puasa itu telah mengkhususkan oleh Allah Taala dengan disandarkan puasa itu bagi-Nya sebagai yang telah sabit pada hadis dari Nabi SAW sungguhnya baginda meriwayatkan bagi pihak Tuhannya: Berfirman Allah Taala: Setiap amalan manusia itu bagi dirinya melainkan puasa maka sungguhnya puasa itu bagi-Ku dan Aku yang membalas dengannya.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi)

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:

فالصوم طاعة لله تعالى، يثاب عليها المؤمن ثواباً مفتوحاً لا حدود له، لأنه لله سبحانه، وكرم الله واسع، وكرم الله واسع، وينال بها رضوان الله، واستحقاق دخول الجنان من باب خاص أعد للصائمين يقال له الريان . ويبعد نفسه عن عذاب الله تعالى بسبب ما قد يرتكبه من معاص، فهو كفارة للذنوب من عام لآخر، وبالطاعة يستقيم أمر المؤمن على الحق الذي شرعه الله عز وجل، لأن الصوم يحقق التقوى التي هي امتثال للأوامر الإلهية واجتناب النواهي،

Ertinya: “Maka ibadah puasa itu ketaatan bagi Allah Taala yang diberi balasan atasnya dengan pahala yang tiada terhingga baginya kerana sungguhnya puasa itu bagi Allah Taala dan kemuliaan Allah itu sangat luas dan mencapai dengan sebab puasa itu akan redha Allah dan berhak bagi masuk akan syurga dari pintu yang khusus yang disediakan bagi sekalian orang yang berpuasa yang dinamakan pintu itu sebagai Ar-Rayyan. Dan menjauhkan sebab puasa itu akan tubuhnya dari azab Allah Taala dengan sebab perbuatannya pada perkara maksiat. Maka puasa itu menjadi kafarah bagi sekalian dosa dari satu tahun ke tahun yang lain. Dan dengan sebab taat itu luruslah pekerjaan seorang mukmin atas kebenaran yang telah mensyariatkan olih Allah Taala dari kerana bahawasanya puasa itu membenarkan akan sifat taqwa yang ialah menjunjung segala suruh Tuhan dan menjauhkan segala larangan.” (Kitab Tafsir Al-Munir)

Dalil wajib puasa Ramadan

Berkata Imam Al-Husaini As-Syafie:

والأصل في وجوبه: الكتاب، والسنة، والإجماع
فاختلف الصحابة – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ – وأرضاهم – لم سمي: رمضان؟ فقال أنس – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – وأرضاه -: سمي بذلك؛ لأنه يرمض الذنوب ويحرقها.
وحُكي عن عبد الله بن عمرو بن العاص – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا -: أنه قال: إنما سمي بذلك؛ لأنه وافق ابتداء الصوم زمنًا حارًا، فكان يرمض فيه الفصيل. يعني: يحترق من شدة الحر.

Ertinya: “Dan asal bagi wajibnya puasa Ramadhan itu ialah Al-Quran dan Sunnah dan Ijmak.
Kemudian berselisih para sahabat r.a. kenapa dinamakan ia sebagai bulan Ramadan? Maka berkata Anas r.a.: Dinamakan bulan ini sebagai Ramadan kerana ia membakar akan dosa dan menghanguskannya. Dan dihikayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. sungguhnya beliau berkata: Hanyasanya dinamakannya sebagai Ramadan kerana ia berbetulan dengan mula masa berpuasa dengan musim panas maka adalah ia memanaskan yakni menghanguskan sebab sangat panasnya.” (Kitab Al-Bayan)

Dalil dari Al-Quran

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu semua akan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu supaya kamu semua menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Dalil dari hadis

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. berkata:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Ertinya: “Telah dibina akan agama Islam itu atas lima asas: Penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Dan mendirikan sembahyang. Dan mengeluarkan zakat. Dan mengerjakan haji. Dan mengerjakan puasa Ramadhan.” (Hadis Bukhari & Muslim)

Dalil dari ijmak

Ertinya telah sepakat semua ulamak dari kalangan sahabat dan tabiin dan ulamak yang kemudian atas wajibnya mengerjakan puasa Ramadan dan ia termasuk salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Azab tidak berpuasa tanpa uzur

عن أبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا فَقَالَا لِيَ: «اصْعَدْ» فَقُلْتُ: «إِنِّي لَا أُطِيقُهُ»، فَقَالَا: «إِنَّا سَنُسَهِّلُهُ لَكَ»، فَصَعِدْتُ حَتَّى إِذَا كُنْتُ فِي سَوَاءِ الْجَبَلِ إِذَا أَنَا بأَصْوَاتٍ شَدِيدَةٍ فَقُلْتُ: «مَا هَذِهِ الأَصْوَاتُ؟» قَالُوا: «هَذَا عُوَاءُ أَهْلِ النَّارِ»، ثُمَّ انْطُلِقَ بِي فَإِذَا أَنَا بِقَوْمٍ مُعَلَّقِينَ بِعَرَاقِيبِهِمْ، مُشَقَّقَةٌ أَشْدَاقُهُمْ، تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا، قَالَ: قُلْتُ: «مَنْ هَؤُلَاءِ؟» قَالَ: «هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ»

Ertinya: Dari Abu Umamah Al-Bahili r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku sedang tidur aku telah didatangi oleh dua orang. Lalu kedua orang itu memegang lenganku dan membawa pergi ke sebuah bukit. Berkata kedua orang itu: Naiklah. Maka kata aku: Aku sungguhnya tidak mampu.
Maka kata keduanya: Kami akan memudahkan bagi kamu. Maka aku pun naik sehingga apabila tiba aku pada tengah bukit tiba-tiba aku terdengar satu suara yang sangat keras. Aku bertanya: Suara apakah itu?
Jawab mereka: Itu suara tempikan ahli neraka.
Kemudian aku berjalan lagi maka tiba-tiba aku sampai pada satu kaum yang bergantung pada urat-urat tumit mereka. Sedangkan mulut-mulut mereka koyak dan keluar darah dari mulut mereka. Aku bertanya: Siapakah orang-orang ini?
Jawab keduanya: Mereka itulah orang-orang yang makan sebelum waktu berbuka puasa.” (Hadis Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 13/4/2021

- Advertisement -