Hindari perpecahan ketika rakyat dibelenggu Covid-19

Ustaz Nurul Amin Hamid
- Advertisement -

ALOR SETAR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) Kedah berharap perkara yang boleh mencetuskan permusuhan dan bibit perpecahan perlu dihindari terutama di saat rakyat berhadapan pandemik Covid-19.

Ketua PN Kedah Ustaz Nurul Amin Hamid berkata, negara sedang menghadapi pandemik Covid-19 yang memerlukan pemimpin bersatu hati dan bekerja keras untuk menangani wabak itu.

Katanya, hanya perpaduan sebagai resepi ampuh bagi menjayakan agenda tersebut.

- Advertisement -

“Oleh itu pemimpin di semua peringkat digesa menjadikan Ramadan sebagai bulan memperkukuhkan perpaduan serta menghindari permusuhan.

“Perkara tersbut sudah termaktub dalam al-Quran yang mahu umat Islam bersatu dan menghindari perpecahan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Surah Al-Imran, ayat 103 Allah Taala menyeru umat Islam berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah belah.

“Maksud yang terkandung dalam surah berkenaan perlu diamati dan difahami semua pihak,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah berkata, pertelingkahan, perbalahan dan perpecahan tidak akan membawa apa-apa faedah sebaliknya merumitkan lagi keadaan.

Kata beliau perpecahan hanya akan melemahkan perpaduan dan memberi ruang, jalan serta ruang kepada musuh untuk menguasai rakyat.

“Atas nama apa sahaja jenama berpegang teguhlah kepada tali Allah dan jangan berpecah belah. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/4/2021

- Advertisement -