Tabung Masaadah legakan mangsa kebakaran Pulau Gaya

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, saya berkesempatan membuat kunjungan ke Kampung Lok Urai, Pulau Gaya yang diuji dengan kebakaran pada bulan Mac lepas membabitkan 73 buah rumah di atas air yang mengakibatkan sekitar 200 orang hilang tempat tinggal.

Saya sempat melawat ke tempat yang terkesan dengan kebakaran tersebut dan mengunjungi penempatan sementara mereka seterusnya melakukan serahan sumbangan kewangan daripada Tabung Musaadah dan Sumbangan Foodbank YaPEIM dan YADIM dengan jumlah keseluruhan RM38,500.

- Advertisement -

Sebagaimana ditanya wartawan semalam, untuk pelan jangka masa panjang saya akan terus berusaha menggerak semua agensi di bawah kami untuk bekerjasama dengan pihak Negeri Sabah memikirkan mekanisma terbaik penambahbaikan dan pemerkasaan gerak kerja dakwah, pendidikan dan kebajikan mereka.

Suasana yang ada di depan mata ini telah menambah keyakinan dan komitmen saya untuk merealisasikan beberapa idea dan cadangan yang dibincangkan malam kelmarin di dalam mesyuarat penyelarasan ketua-ketua agensi termasuk hasrat pembinaan Madrasah Terapung yang insya-Allah akan dapat direalisasikan pada tahun ini juga di daerah Semporna sebagai pilot project dengan kerjasama semua pihak demi masa depan Sabah.

Doakan kami.

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 12/4/2021

- Advertisement -