MP Pendang sumbang RM150,000 sempena Ihya’ Ramadan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Dato’ Awang Hashim meyumbang RM150,000 kepada semua masjid dalam Daerah Pendang bagi mengimarahkan bulan mulia, Ramadan.

Sumbangan tersebut disampaikan sempena menjayakan program Ihya’ Ramadan tahun ini bersama 635 baku makanan kepada wakil penduduk Felda Sungai Tiang, Pendang.

- Advertisement -

“Saya berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada semua masjid dalam Daerah Pendang sebanyak RM150,000 bagi menjayakan program Ihya’ Ramadan pada tahun ini dan turut juga menyampaikan sumbangan 635 bakul makanan kepada wakil penduduk Felda Sungai Tiang.

“Semoga Ramadhan kali ini memberi rahmat dan keberkatan kepada kita semua,” ujarnya dalam satu hantaran Facebook, semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan di Program Istiqbal Ramadan yang diadakan di Masjid Al – Falah, Felda Sungai Tiang, Pendang anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pendang dan Dun Tokai dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Pendang.

Turut hadir dalam program Mufti Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Fadzil bin Awang, ADUN Tokai, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman, Ketua Polis Pendang, DSP Arriz Sham Hamzah dan pemimpin tempatan. –HARAKAHADAILY 12/4/2021

- Advertisement -