Kadar penggunaan katil di hospital lebih 70 peratus

- Advertisement -

KOTA BHARU: Berdasar perkembangan yang berlaku sekarang menunjukkan pandemik Covid-19 berada dalam komuniti dan ruang untuk berjangkit dianggap begitu tinggi.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata, sebanyak 22 peratus daripada kes positif merupakan kes yang tiada ‘epid link’ iaitu tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster.

Katanya dalam masa 14 hari kes jangkitan terlalu tinggi iaitu 1,029 kes dan sebanyak 24 kluster yang masih aktif di Kelantan.

- Advertisement -

“Kegusaran kita masih tinggi walaupun kes semalam menunjukkan sedikit penurunan, namun ‘pending case’ atau keputusan yang masih belum kita terima adalah melebihi angka 2,000 sampel,” katanya pada catatan di media sosialnya.

Menurutnya juga kadar penggunaan katil (BOR) di fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) melebihi 70 peratus malahan ada antaranya melebihi 100 peratus.

Hospital Tumpat iaitu 113.4 peratus, PKRC Dewan Putik Pengkalan Chepa ((97.5 peratus), PKRC Jubli Perak (96.7 peratus), Hospital Jeli (95.8 peratus), Hospital Machang (87.5 peratus).

Asrama HPM (85.7 peratus), Hospital Raja Perempuan Zainab II (81.0 peratus),
Unit Rawatan Rapi (83.3 peratus) dan Hospital Sultan Ismail Petra (100 peratus).

Kelantan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) yang tinggi dengan nilai RT 1.12 iaitu lebih tinggi daripada RT nasional iaitu 1.06.

Dr Izani berkata, kadar RT di Kelantan menunjukkan paras membimbangkan kerana kekal di atas paras 1.00 sejak beberapa minggu lepas.

“Kita berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan terus mengekalkan status PKPB dan bukan PKP di Kelantan.

“Saya berharap rakyat dapat membantu ke arah status daripada PKPB kepada PKPP (Pemulihan). PKPkan diri sendiri,” ujarnya.

Oleh itu beliau mengajak orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan demi kebaikan bersama. – HARAKAHDAILY 12/4/2021

- Advertisement -