Bakul makanan inisiatif PN bantu rakyat miskin

- Advertisement -

PADANG BESAR: Program Bakul Makanan yang diperkenal kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha membantu meringankan beban rakyat miskin di seluruh negara.

Sebanyak RM50 juta diperuntuk untuk menjayakan program yang dilaksanakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Di Parlimen Kangar seramai 3,000 penduduk miskin disenarai menerima sumbangan tersebut sepanjang Ramdan ini.

- Advertisement -

Setiausaha PAS Kangar, Abdul Jamil Kamis berkata, bagi fasa pertama pihaknya menerima sebanyak 1,200 bakul makanan yang diagihkan pada Jumaat lepas.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 800 bakul makanan untuk diedar di Dun Bintong, Dun Kuala Perlis (800) dan Dun Indera Kayangan (300).

“InsyaAllah majlis pelancaran akan diadakan pada Ramadan ini dan selepas itu bakul-bakul makanan akan mula diagihkan kepada penerima yang berdaftar dengan JKM Perlis,” katanya di sini.

Turut menerima sumbangan serupa Dun Guar Sanji.

Manakala pada perkembangan sama PAS Cawangan Belukar Hutan Temim mengadakan majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada penduduk miskin, Orang Kurang Upaya, sakit, warga emas, armalak dan anak yatim semalam.

Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar, Saad Seman berkata, seramai 20 penduduk di Kampung Belukar dan Kampung Hutan Temin menerima sumbangan berkenaan.

Menurutnya sumbangan berkenaan bertujuan membantu meringankan beban penerima yang rata-ratanya terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

“Kita berharap dengan sedikit sumbangan yang diberi akan memberi kegembiraan kepada penduduk miskin sempena kedatangan Ramadan,” katanya.

Beliau turut mengajak orang ramai bersama membantu penduduk yang kurang berkemampuan kerana ganjarannya besar di akhirat kelak. – HARAKAHDAILY 12/4/2021

- Advertisement -