Lima inisiatif terkini MTC bangun industri kayu-kayan

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH. Malaysian Timber Council (MTC) insya-Allah akan terus komited membangunkan industri kayu-kayan negara di Malaysia dan di peringkat global. Untuk rekod, jumlah eksport kayu-kayan negara pada tahun lepas ialah RM22.02 bilion.

- Advertisement -

Minggu ini adalah minggu yang sangat produktif bagi MTC melalui keterlibatan dalam usaha menjayakan lima inisiatif terkini seperti berikut:

i) Program Pembangunan Ladang Hutan Komuniti Koperasi yang digerakkan bersama The Malaysian Panel-Products Manufacturers’ Association (MPMA), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB).

ii) TIMB3R Design Incubator Programme (DIP), inisiatif MTC dengan kerjasama Malaysian Furniture Council (MFC), Malaysian Wood Moulding & Joinery Council (MWMJC) dan Malaysian Institute of Interior Designers (MIID).

iii) Business Transformation Programme yang mana salah satu inisiatifnya ialah penubuhan Young Entrepreneur Society (YES), program julung kalinya dianjurkan MTC dengan konsultan Vistage Malaysia.

iv) Factory Transformation Programme (FTP) ke arah membawa industri kayu-kayan menuju Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang mana semalam Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), SIRIM STS Sdn Bhd dan MTC.

v) Kajian Keperluan Pelesenan dan Permit dalam Industri Kayu-kayan, inisiatif MTC yang disokong sepenuhnya oleh Bahagian Kemajuan Industri Kayu-kayan, Tembakau dan Kenaf (KTK) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan melibatkan 38 agensi daripada pelbagai Kementerian Persekutuan dan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) adalah satu majlis di bawah naungan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai pejabat serantau/regional offices di Amerika Syarikat, Eropah, Dubai, China dan India.

MTC yang ditubuhkan pada tahun 1992, bertujuan untuk mempromosi dan mengembangkan industri kayu-kayan di Malaysia dan luar negara. Ia juga sebagai satu badan koordinasi bersama persatuan dan pemain industri berkaitan.

Saya seorang yang percaya kepada engagements iaitu menjadikan libat urus dengan pemegang-pemegang taruh dalaman dan luaran sebagai langkah berkesan dalam melaksanakan tugasan. Inilah juga cara kerja yang saya usaha praktiskan sebagai CEO MTC.

Terdapat enam persatuan gabungan di bawah MTC seperti berikut:
– Malaysian Wood Industries Association (MWIA)
– The Malaysian Panel-Products Manufacturers’ Association (MPMA)
– The Timber Exporters’ Association of Malaysia (TEAM)
– Malaysian Wood Moulding & Joinery Council (MWMJC)
– Malaysian Furniture Council (MFC)
– Persatuan Pengusaha Kayu-kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA).

Selain itu, Lembaga Pemegang Amanah MTC juga dianggotai wakil daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia/ Forestry Department of Peninsular Malaysia (FDPM), Malaysian Timber Industry Board (MTIB) dan pemegang-pemegang amanah bebas.

Terdapat dua lagi gabungan persatuan kayu-kayan yang turut bekerjasama dengan MTC iaitu Malaysian Timber Association (MTA) dan Malaysian Timber Industry Forum Association (MTIFA).

Doakan semoga tanggungjawab ini dapat ditunaikan dengan sebaiknya dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke akhirat. Allahumma Aamiin. – HARAKAHDAILY 10/4/2021

Muhtar Suhaili ialah CEO Malaysian Timber Council (MTC).

- Advertisement -