Hukum menghias, cat pelbagai warna dan ukiran di masjid

Menghias
- Advertisement -

DALAM Kitab I’lamus Sajid fi Ahkamil Masajid oleh Imam Badruddin Az Zarkasyi disebut yang mafhumnya:

- Advertisement -

“Makruh menghias, mengukir, cat pelbagai warna masjid kerana ia melalaikan orang solat.”

“Duit waqaf untuk masjid haram digunakan untuk menghias masjid, jika duit peribadi adalah makruh. Jika seseorang menggunakan duit waqaf masjid atau dikhususkan untuk kegunaan masjid, dia buat perhiasan masjid, maka dia kena tanggung ganti rugi duit masjid tersebut.”

Beliau juga menaqalkan pandangan yang doif ada ulamak membenarkannya kerana ia sebahagian dari memakmurkan masjid. 

Pandangan Sultanul Ulamak Al ‘Izz bin Abdus Salam pula harus hias secara sederhana sahaja.

Pandangan Al Marhum Dr Ramadan Al Buti di dalam kitab Fiq Sirah seperti di atas adalah tidak boleh menghias masjid lebih-lebih lagi menggunakan duit masjid kerana masjid bukan dibina untuk tujuan perhiasan. Manusia pula di luar masjid sudah terpesona dengan dunia, masuk masjid terpesona sekali lagi, jadi bilanya akan ingat kepada Allah Ta’ala?

Kesimpulannya ramai ulamak mengatakan makruh menghias masjid, lebih-lebih lagi jika melampau. Duit masjid juga tidak sepatutnya dihabiskan untuk perhiasan masjid dan Sahabat Nabi S.A.W Abdullah bin Mas’ud membantah masjid berhias dan mengatakan duit seperti itu lebih patut diberikan kepada orang-orang miskin.

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 9/4/2021

- Advertisement -