MOT alukan NFCC perangi jenayah kewangan

TERIMA kasih diucapkan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) kerana mengunjungi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) semalam untuk berbincang dan memberi gambaran keseluruhan berhubung misi memerangi jenayah kewangan di Malaysia.

Ketua Pengarah NFCC, Dato’ Seri Hj Mustafar Ali dan Timbalannya, Dato’ Sani Ab Hamid membentangkan perincian mereka kepada pengurusan kanan MOT dan agensi-agensi di bawah MOT melibatkan sektor pengangkutan maritim, logistik, penerbangan dan juga darat.

Advertisement

Kami turut membincangkan untuk mengadakan lebih banyak lagi jalinan kerjasama bagi memerangi aliran keluar modal yang tidak sah serta membantu mengurangkan ketirisan hasil. Banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan bergantung pada teknologi dan kecerdasan buatan (AI) untuk memperketatkan penguatkuasaan di pusat pemeriksaan dan zon perdagangan bebas.

MOT akan terus berintegrasi dengan agensi-agensi penguatkuasaan termasuk Kastam dan PDRM yang dikoordinasikan oleh NFCC untuk mengurangkan jenayah kewangan dan penyeludupan sehingga menyebabkan ketirisan hasil negara.

Thank you National Anti-Financial Crime Centre for their visit to MOT today to give us an overview and to discuss NFCC’s mission to fight financial crimes in Malaysia.

Director General Dato’ Seri Hj Mustafar Ali and his Deputy DG Dato’ Sani Ab Hamid made the presentation to the senior management of MOT and our agencies involving maritime, logistics, aviation, and land transport. 

We proceeded to discuss more avenues of cooperation to combat illicit outflows of capital, unpaid dues, and excise duties. Moving forward, much of what we need to do will rely on technology and artificial intelligence to tighten enforcement in our borders’ checkpoints and free trade zones. 

MOT will integrate further with the various enforcement agencies including Customs and PDRM which are coordinated by the NFCC to reduce financial crimes and smuggling costing the country significant revenue.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 8/4/2021