Kadar zakat fitrah di Kelantan RM7

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan zakat fitrah pada kadar RM7 tahun ini.

Yang Dipertuanya Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan turut digalakkan.

Menurutnya, MAIK mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berhubung kadar bayaran zakat fitrah dan kadar nisab zakat harta negeri tahun ini.

- Advertisement -

“Kadar nisab zakat harta tahun ini ialah sebanyak RM20,520 untuk haul antara Ramadan tahun 1442H hingga Ramadan 1443H,” katanya pada kenyataan hari ini.

Kata beliau pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan Kaunter Baitulmal di masjid bandar, jajahan atau menerusi MAIK e-Zakat Payment di www.e-maik.my.

Selain itu bayaran juga boleh dibuat menerusi institusi perbankan yang dilantik oleh Maik sebagai ejen kutipan zakat termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB, RHB, AmBank, Maybank dan Bank Rakyat.

Tambah beliau MAIK amat mengharapkan kerjasama semua pihak untuk mengambil maklum mengenai ketetapan itu.

“Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan.

“Saya bagi pihak MAIK mengucapkan selamat menunaikan ibadah Ramadan buat semua umat Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/4/2021

- Advertisement -