Anak bijak akademik dan soleh

- Advertisement -

ANAK yang bijak akademik atau anak yang soleh akan berjaya? Anak yang bijak dalam pelajaran mungkin akan mendapat pekerjaan yang baik, tetapi anak yang soleh, Allah jamin akan berikan kepadanya kehidupan yang terbaik. 

Itulah sedikit nasihat yang saya kongsikan kepada anak-anak Tahfiz di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) pada hujung minggu lepas. Jika sebelum ini, saya telah diberi penghormatan untuk menguji adik Nurul Amna binti Mohd Aminudeen Al Hafizah untuk Ujian Syahadah Tahfiz di pejabat saya.

- Advertisement -

Kali ini, saya sendiri telah turun ke Kemaman untuk menyaksikan sendiri adik Nurul Amna menerima Anugerah First Emperor Syahadah. Mereka adalah generasi Soleh yang kita harapkan untuk meneruskan usaha pembinaan ummah khususnya di Malaysia. Mereka adalah permata berharga negara, aset yang amat penting untuk kita.

Semoga para Huffaz ini akan terus digilap keupayaannya dan mampu melanjutkan ilmu agama bersekali bidang kepakaran idaman mereka demi melahirkan ulamak profesional dan profesional ulamak secara bersepadu sebagaimana yang telah dilakukan oleh para sarjana Islam terdahulu. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua penuntut Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) kerana telah berjaya menamatkan pengajian dalam siri Haflah Takrimi kali ke-2 ini.

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 8/4/2021

- Advertisement -