Siapa ‘terciduk’ bila MB Kedah hargai Presiden MIC?

- Advertisement -

HAHAHAHA! Mengapa saya introkan posting ini dengan ketawa yang berdekah-dekah? Kerana benarlah tanggapan saya selama ini bahawa ‘orang yang ada sakit di dalam’ memang tidak akan senang hati melihat orang lain berbaik-baik.

Uncle Rama berasa sakit apabila melihat MB Kedah Haji Muhammad Sanusi Md Nor memuji Tan Sri Vickneswaran setelah Presiden MIC mengingatkan penganut Hindu supaya bina kuil hanya di tapak yang dibenarkan, jangan bina sesuka hati dan marahkan pihak berkuasa apabila kuil yang mereka bina di kawasan tidak dibenarkan, dirobohkan.

- Advertisement -

Peringatan ini menepati kenyataan MB Kedah bahawa kuil-kuil yang dirobohkan di Kedah bukan kerana rasisme atau anti-agama tetapi disebabkan pelanggaran undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sebagai bukti, Kerajaan Kedah baru-baru ini meluluskan pembinaan kuil Hindu di Ladang Henrietta, Padang Serai.

“Mohon elok-elok, ikut peraturan, tak ada masalah untuk kita luluskan. Jangan buat kuil ikut suka hati di tempat yang tidak dibenarkan. Apa yang tidak ikut peraturan, terpaksalah roboh, bukan kuil saja,” kata MB dalam sidang media mengumumkan kelulusan itu.

Senada dengan MB Kedah, Presiden MIC juga mengingatkan penganut Hindu dengan kata-kata ‘jangan bina kuil ikut suka hati’. Dalam reaksi beliau, MB Kedah mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Vickneswaran dan berkata, seseorang pemimpin seharusnya memandu pengikut, bukan dipandu oleh pengikut.

Tak tahulah di mana sakitnya Uncle Rama hingga tengok perkara yang sebaik ini pun dia tak boleh terima. Mungkin kerana itulah pakai gelaran Profesor tanpa kelayakan, kut? Ada sesiapa boleh tolong nasihatkan dia tak? Hujah zaman kolonial dan masa itu belum ada PBT lagi yang dia bawa, tak boleh pakai!

Tak kira la lama mana pun. Apabila sudah ada pembangunan dan boleh mengganggu pembangunan, lalu lintas dan sebagainya, disuruh pindah, kenalah pindah. Surau Ittifaqiyyah di tapak Aman Central dulu pun kena roboh. Inikan pula sudah dibina kuil lain yang berhampiran. Nak berapa kuil langsung dalam satu kawasan!

Yang di Kuala Kedah itu, kuil individu. Elok depan rumah, alih ke tepi jalan. Kerana duk berpegang pada hujah zaman penjajah la, duit air mentah yang patut dibayar kepada Kedah dia berkeras tak mahu bayar. Orang dah tak pakai perjanjian zaman penjajah. Tahun 2006 sudah ada akta baru, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 dan Akta SPAN 2006.

Kedah pun dah guna pakai enakmen baru, Enakmen Sumber Bekalan Air Negeri Kedah 2008 yang wajibkan operator air bayar kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSAN) 3 sen seliter. Apa pula duk pakai penjajah lagi? Dia ingat dia boleh jajah Kedah ke? Masuk negeri orang buat kecoh sesuka hati.

MUHAMAD MAT YAKIM – HARAKAHDAILY 7/4/2021

- Advertisement -