Kaum Siam, Cina, India makin ramai dekati DHPP

- Advertisement -

ALOR SETAR: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kedah berjaya menubuh beberapa lagi cawangan baharu yang turut melibatkan masyarakat Siam, Cina dan India.

- Advertisement -

Pengerusinya, K Kumaresan berkata, cawangan baharu terbabit di Baling, Jerlun, Kuala Kedah dan Padang Terap.

Katanya jawatankuasa DHPP berkenaan melibatkan masyarakat India, Cina dan Siam berjaya ditubuhkan.

“Ini merupakan lembaran baharu sebab sekian lama DHPP Kedah tidak dapat mengadakan mesyuarat kerana pandemik Covid-19.

“Tetapi hari ini dapat berkumpul semula bersama wakil daripada cawangan-cawangan baharu yang ditubuh,” kata beliau di sini.

Menurutnya juga beliau menyusun perancangan dan gerak langkah untuk memastikan masyarakat bukan Islam menjadikan DHPP sebagai wadah perjuangan politik mereka.

Kata beliau di bawah kepimpinan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor masyarakat bukan Islam di Kedah semakin ramai mendekati DHPP.

“Malah satu kejayaan besar apabila masyarakat Siam di Padang Terap mula berjinak dan mendekati PAS,” ujarnya.

Justeru itu katanya DHPP akan mengadakan majlis penyerahan borang keahlian DHPP dalam tempoh terdekat.

Beliau turut merakam ucapan penghargaan kepada PAS Kedah terutamanya Pesuruhjaya Senator Ahmad Yahaya yang banyak memberi nasihat dan dorongan kepada dewan itu.

Kumaresan juga berkata, penglibatan Timbalan DHPP Kedah Kuan Kok Siang berjaya menarik sokongan masyarakat Cina bersama DHPP.

“Semoga slogan PAS For All terus memainkan peranan memastikan parti itu relevan untuk semua bangsa dan agama,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 5/4/2021

- Advertisement -