Covid-19: India catat 103,558 jangkitan sehari

- Advertisement -

DELHI: India melaporkan peningkatan rekod jangkitan harian Covid-19 dengan 103,558 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Kementerian Kesihatan pada Isnin, jumlah kes kini melebihi 12.5 juta, manakala angka korban mencecah 165,101 orang.

- Advertisement -

India negara ketiga mencatatkan kes jangkitan tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.

Ketika peningkatan gelombang kes baharu, India sudah memberikan lebih 79 juta dos vaksin dalam tempoh 79 hari.

Maharashtra, Chhattisgarh, Karnataka, Uttar Pradesh, New Delhi, Tamil Nadu, Madhya Pradesh dan Punjab menyumbang lebih 80 peratus daripada kes baharu.

Paling teruk terjejas negeri Maharashtra dengan 57,074 kes harian baharu. Dalam tempoh 24 jam lalu daripada 478 kematian 222 dilaporkan di negeri itu. – BERNAMA

- Advertisement -