Jentera pilihan raya DMPNS catat rekod baik

AMPANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus berkata Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) mempunyai rekod dan polisi sangat baik ketika Jentera Halwa Selangor dilancarkan.

Malah, jentera itu menjadi pecutan gerak kerja yang dipacu sehingga ke peringkat akar umbi.

Dr Ahmad Yunus berkata demikian pada pelancaran Himpunan Jentera Pilihan Raya DMPNS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) yang diadakan di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan, semalam.

Hadir pada majlis pelancaran itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Rosli Jusoh, Ketua DMPNS, Wan Hasrina Wan Hassan dan seluruh kepimpinan DMPNS.

Advertisement

Beliau turut mengharapkan DMPNS terus melaksanakan program bersifat muafakat berkebajikan dan percayakan kerajaan Perikatan Nasional dengan meletakkan keyakinan dan kelancaran untuk berdepan PRU-15.

Himpunan yang diadakan ini juga bagi menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada seluruh ahli DMPNS di setiap kawasan.

Program itu berlangsung secara fizikal dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan secara maya di aplikasi zoom bagi memastikan amanat dan taujihat pemimpin dapat didengari semua ahli DMPNS. – HARAKAHDAILY 4/4/2021