CEO SMART-i Ziarah Keluarga Al-Marhum Yuszaidi

KEPALA BATAS: Ketua Pegawai Eksekutif Ustaz Zaharudin Muhammad UZM Group (SMART-i), Ustaz Zaharudin Muhammad tampil menziarahi keluarga Ejen Smart-i, Al-Marhum Saudara Yuszaidi Abdul Hamid, 40, yang meninggal dunia pada 31 Mac lalu, kira-kira jam 10 pagi.

Advertisement

Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Zaharudin Muhammad turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Balu Allahyarham, Basirah Ab Wahab.

Basirah, 39, ketika dihubungi melahirkan rasa terharu atas lawatan tersebut dan merakamkan terima kasih kepada HQ Smart-i dan rakan-rakan Smart-i yang turut memnghulurkan sumbangan kepada beliau.

Beliau turut bercerita arwah Yuszaidi seorang yang aktif dan gemar melakukan kerja kebajikan.

Selain daripada aktif sebagai Ejen Smart-i, Arwah merupakan salah seorang AJK Masjid Kuala Muda dan sangat tekun menguruskan masjid dan program-program kebajikan masyarakat setempat.

Sebagai seorang agent simkad Smart-i dan mempunyai rangkaian pengguna yang aktif, beliau berharap simkad Smart-i yang menawarkan infaq 5% ini akan menjadi amal jariah arwah suami beliau yang berkekalan.

Arwah Yuszaidi terlibat dalam satu kemalangan motosikal pada 27 Mac, selepas pulang dari masjid, mengalami pendarahan dalam kepala yang serius dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang. Setelah empat hari di ICU arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu, 31 Mac lalu.

Pihak Smart-i mengucapkan takziah kepada Basirah atas pemergian suaminya yang kemalangan motorsikal pada 27 Mac 2021.

Turut bersama dalam lawatan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Asma Abdul Hadi, Ketua Pegawai Operasi, Ustaz Abd Rahman Talib dan Top Ejen Pulau Pinang, Ustaz Mohd Zamadi Omar. SMART-i turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000.

Ustaz Zaharudin berkata, sebagai ejen Smart-i, beliau mendapat 2 kelebihan komisen iaitu pendapatan isteri selepas meninggal meninggal dan amal jariah sebagai bekal Al-Marhum di alam sana.

Pendapatan almarhum berjumlah ratusan ringgit hasil komisen Smart-i waktu hayat beliau akan dihibahkan kepada isteri beliau selama mana pengguna-pengguna yang didaftarkan beliau terus menerus menggunakan prepaid Smart-i.

Manakala amal jariah kepada Al-Marhum pula ialah 4-5 peratus daripada pengguna Smart-i adalah infaq atau derma kepada institusi Islamik seperti masjid, surau, badan dakwah dan seumpamanya.

Jumlah infaq yang diusahakan hasil penggunaan pengguna-pengguna di bawah beliau ialah sebanyak RM116 yang berterusan disumbangkan kepada pihak komuniti Islam.

Bagi sesiapa yang berminat mendapatkan simkad SMART-i, boleh hubungi ejen SMART-i seluruh Malaysia di link
http://ejen.smart-i.net.my/list.php?negeri=ALL atau terus hubungi HQ SMART-i di talian +60113-592 0205. – HARAKAHDAILY 4/4/2021