PAS, Bersatu Perak dukung kepimpinan Muhyiddin

- Advertisement -

IPOH: PAS dan Bersatu Perak menzahirkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh barisan Kabinet.

Pada kenyataan bersama Perikatan Nasional (PN) Perak akan terus mendokong kerajaan negeri Perak dan berharap tidak terlalu berpolitik.

“Dan akan menitik beratkan perkhidmatan kepada rakyat yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19.

- Advertisement -

“Kami berharap semua pihak dapat memelihara perpaduan yang terjalin dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama ketika mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Kenyataan terbabit dikeluarkan bersama Pengerusi Bersatu Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Katanya, Bersatu dan PAS Perak terus memperkukuhkan kerjasama dengan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa bersama dalam persiapan menghadapi pilihan raya.

“Selari dengan itu, kami mengenal pasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri dan membentuk jawatankuasa manifesto bagi PN Perak.

“Tanpa memberi fokus kepada keputusan parti lain, kami bersependapat untuk terus melangkah bersama demi perpaduan, kestabilan politik dan kepentingan agama Islam, bangsa dan negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/4/2021

- Advertisement -