RM500,000 diagih kepada penduduk Parlimen Marang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM500,000 peruntukan telah diagihkan kepada penduduk dalam kawasan Parlimen Marang bagi Fasa 1 2021.

Perkara itu terkandung dalam Kad Laporan Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diterbitkan oleh Media Baharu Pusat Khidmat Parlimen Marang.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan kudrat dan kesempatan untuk kami sediakan Kad Laporan Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” menurut satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook Tuan Guru, malam ini.

- Advertisement -

Kad Laporan itu membahagikan aktiviti dan program yang dijalankan di Parlimen Marang kepada empat kumpulan sasar utama iaitu kebajikan, pembangunan, belia dan wanita

Kenyataan itu menyebut kebajikan rakyat Marang menjadi keutamaan dengan jumlah RM236,700 diagihkan bagi membantu golongan yang ditimpa bencana seperti wabak Covid-19, banjir musim tengkujuh dan mangsa kebakaran serta sumbangan kepada persatuan-persatuan yang mengadakan program kebajikan.

Selain itu, sejumlah RM182,000 juga digunakan untuk pembangunan di sekitar daerah Marang dengan menambah baik fasiliti dan baik pulih infrastruktur serta pembinaan rumah PPRT.

Sementara RM44,300 pula diagihkan kepada golongan belia terutamanya kepada mahasiswa yang kekurangan sumber serta kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Golongan wanita tidak dilupakan dengan sejumlah RM37,000 diagihkan kepada golongan ini.

“Insya-Allah, Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta seluruh petugas Pusat Khidmat Parlimen Marang sentiasa sedia berkhidmat dan memberikan yang terbaik buat seluruh warga Parlimen Marang,” tambah kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 1/4/2021

- Advertisement -