Pengorbanan polis jaga kedaulatan negara dihargai

- Advertisement -

KANGAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis menghargai dan bangga di atas pengorbanan dan khidmat bakti seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Dewan Muslimat PAS Perlis, Ustazah Latifah Mat berkata, pengorbanan mereka bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara serta ketenteraman awam terus terjamin.

Katanya, bagi menzahirkan penghargaan itu setiap tahun Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis mengadakan kunjungan mahabah sempena Sambutan Hari Polis.

- Advertisement -

“Kunjungan saban tahun diadakan bertujuan meraikan dan menghargai pergorbanan anggota dan pegawai polis yang merupakan petugas barisan hadapan negara,” katanya di sini.

Sempena kunjungan tersebut mereka menyampaikan jambangan bunga orkid dan kek kepada anggota polis yang bertugas.

Sempena sambutan ke-214 Khamis lepas Dewan Muslimat PAS Perlis mengunjungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu.

Latifah juga berkata, pada kunjungan itu mereka berpeluang beramah mesra dengan pegawai dan anggota-anggota polis.

Katanya ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara muslimat PAS dengan PDRM.

“Kami menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM di atas jasa dan pengorbanan mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/3/2021

- Advertisement -