BACHOK: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, langkah yang sesuai bagi mengelakkan konflik antara Umno dan Bersatu daripada berterusan adalah dengan mengenepikan sebarang kata-kata berbentuk mencabar.
Kata Ahli Parlimen Bachok itu, , situasi berkenaan perlu diselesaikan oleh mereka dengan cara yang tenang.
“Apabila kita bercakap pasal penyatuan, kita hantar ke depan orang yang sejuk, orang yang tenang dan kalau kita raikan orang yang panas, ia tidak akan selesaikan penyatuan.
“Sebarang cakap-cakap yang berbentuk mencabar, kita ketepikan sebab yang akan buat keputusan adalah kepimpinan yang atas.
“Saya tengok hubungan Muafakat Nasional antara PAS dan Umno pada peringkat atas ‘cool’, yang bawah saja panas malah saya tidak fikir kita harus jawab apa-apa (isu) yang panas kepada yang di bawah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika kepada media ketika ditemui di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai hubungan PAS-Umno, beliau menyifatkan hubungan PAS dengan Umno dalam hubungan Muafakat Nasional (MN) tidak mempunyai sebarang masalah. – HARAKAHDAILY 28/3/2021