Pogram Madinah Ramadan disyarat ikut SOP

Gambar fail.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merancang meneruskan program Madinah Ramadan seperti tahun sebelum ini dengan syarat mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, keputusan untuk meneruskan program itu dibuat berdasar keputusan dasar diumum kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan solat tarawih.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini keputusan secara rasmi daripada Majlis Agama Islam Kelantan belum diputuskan lagi.

- Advertisement -

“Program Madinah Ramadhan akan dijalankan seperti biasa mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Cuma berdasar situasi sekarang solat Jumaat dan solat berjemaah dapat dilakukan maka kita assume solat terawih boleh dilaksana mengikut SOP,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Program Madinah Ramadan sebelum ini diadakan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV sebagai lokasi solat tarawih di bawah khemah khas disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).

Bagaimanapun program itu tidak dapat diadakan pada Ramadan tahun lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergeakan (PKP) akibat penularan pandemic Covid-19.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti berkata kaedah perlaksanaan belum diputuskan lagi.

Namun kata beliau kerajaan negeri mengambil kira keputusan dasar program Madinah Ramadan akan diteruskan tertakluk sekiranya ia dibenarkan.

“Persiapan program berkenaan perlu dilakukan melihat tempohnya singkat semakin hampir dengan bulan Ramadhan tidak lama lagi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/3/2021

- Advertisement -