Ekonomi gelap ancam kedaulatan negara

Foto Getty
- Advertisement -

BARU-BARU ini negara digemparkan dengan tindakan drastik Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan negara kita yang terjalin sejak tahun 1973.

Perkara ini berlaku disebabkan keputusan kerajaan mengekstradisi Mun Chol Myong ke Amerika Syarikat, seorang rakyat Korea Utara yang melakukan penggubahan wang haram yang bercanggah dengan undang-undang negara dan antarabangsa disebabkan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara tersebut.

Perkembangan pesat ekonomi gelap dalam negara ini, dilihat sebagai ancaman baharu umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa seperti yang berlaku dalam kes dengan Korea Utara ini. 

Berdasarkan anggaran Kementerian Kewangan pada masa kini, saiz ekonomi gelap atau shadow economy di Malaysia adalah sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, iaitu kira-kira RM300 bilion.

- Advertisement -

Jumlah ini berkemungkinan lebih besar kerana ianya sukar untuk dikenalpasti kerana beroperasi secara tersembunyi secara atas talian melalui platform dark web.

Dalam perkembangan dunia berasaskan digital, jika diumpamakan operasi digital ini dalam bentuk teori ketulan salji (theory of iceberg), 4 peratus daripada platform yang beroperasi pada masa kini adalah laman web yang mudah dilihat dipermukaan (surface web), manakala dibahagian bawah adalah deep web dan dark web yang mana masing-masing mewakili 48 peratus daripada jumlah operasi mereka.

Deep web pula merangkumi laman web yang mempunyai akses terhad seperti sistem data kerajaan, institusi perbankan, institusi kesihatan, keselamatan dan sebagainya. Manakala dark web pula merujuk kepada aktiviti haram yang berada didasar dan beroperasi secara salah dalam pelbagai sektor ekonomi.

Antara berkaitan dengan pelacuran, dadah, penggubahan wang haram, penyeludupan, aktiviti subversif dan pelbagai aktiviti yang tidak dari sudut undang-undang yang lain. Jumlah kedua-kedua sektor ini 500 kali ganda lebih besar daripada operasi laman web permukaan (surface web). Saiz deep web dianggarkan sekitar 7,500 terabite, manakala surface web sekitar 19 terabite.

Dark web menjadi pilihan urus niaga pasaran gelap disebabkan ianya bersifat rahsia dan hanya boleh diakses oleh individu tertentu sahaja. Hal bagi membolehkan mereka menyembunyikan salah laku jenayah dan mengelakkan daripada dihidu oleh pihak berkuasa. 

Melalui kewujudan dark web ini juga, ianya menyumbang kepada lahirnya penjenayah digital pada masa kini melalui aktiviti scammer, penggubahan wang haram dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang negara mahu pun antarabangsa.  

Penjenayah ekonomi gelak ini sukar ditumpaskan kerana mereka menggunakan platform yang sering berubah-berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa bagi mengelakkan aktiviti mereka bocor dan dihidu oleh pihak berkuasa tempatan mahupun diperingkat antarabangsa.

Jika pasaran ekonomi digital terus berkembang seperti yang disasarkan oleh kerajaan menjelang 2030, perkembangan jenayah digital juga diyakini akan terus berkadar dengan perkembangan tersebut pada masa-masa mendatang. 

Jika hal sebegini berterusan, tidak mustahil pada masa mendatang akan muncul penjenayah-penjenayah baharu yang juga boleh mengakibatkan implikasi besar terhadap hubungan negara diperingkat antarabangsa.  Kesan daripada ledakan ekonomi digital yang semakin berkembang dalam tempoh penularan Covid-19 ini, kita harus lebih peka berhadapan dengan dark web yang terus berkembang dan menggalakkan perkembangan pesat pasaran ekonomi gelap ini. 

DR MOHD FAISAL MUSTAFFA
Pengarah 
Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Pelajar Asnaf – HARAKAHDAILY 21/3/2021

- Advertisement -