Pemuda PAS jalin hubungan rapat Umno, Bersatu

- Advertisement -

ARAU: Di sebalik pelbagai desas-desus mengenai masa depan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), Dewan Pemuda PAS Perlis mengorak langkah memperkukuh muafakat yang sedia terjalin.

Semalam, Pemuda PAS menganjurkan pertemuan bersama Pergerakan Pemuda Umno dan sebelum itu program serupa diadakan dengan Armada Bersatu Perlis.

Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan berkata, pertemuan Pemuda Umno Perlis diadakan semalam di Pejabat Dewan Pemuda PAS Perlis di SRI Al Furqan, dekat sini.

Katanya, Pemuda Umno diketuai ketuanya Harmizan Abd Halim membincangkan ke arah agenda penyatuan ummah dengan usaha memperkukuhkan MN.

- Advertisement -

“Turut dibincang isu daftar pemilih serta program-program khasnya melibatkan golongan muda.

“Pemuda PAS komited terus memacu usaha memperkukuhkan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Perikatan Nasional (PN) supaya penyatuan ummah dapat direalisasikan di Malaysia,” katanya.

Menurutnya juga pertemuan serupa turut diadakan bersama dengan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Perlis yang diterajui Syazwan Fahmi Badrul Sham baru-baru ini.

Umno Perlis di bawah Dato’ Seri shahidan Kassim sebelum ini secara terbuka mempertahankan hubungan MN dan PN biarpun Umno Pusat tidak mahu lagi menjalin kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

Perlis dan Pahang merupakan dua negeri yang berjaya dipertahankan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Bagaimanapun selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang ekoran krisis dalaman pada Februari tahun lepas, BN menguasai semula pentadbiran di Johor, Melaka, Perak dan Sabah atas nama Perikatan Nasional. – HARAKAHDAILY 17/3/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!