Kemunculan gerakan Feminisme

- Advertisement -

RAMAI wanita di luar sana menganggap idea yang dibawa oleh gerakan Feminisme merupakan solusi terhadap segala masalah yang dialami oleh wanita, lebih teruk lagi adalah wanita Islam sendiri memperjuangkan idea-idea Feminisme sehingga menganggap mereka sebagai ‘Islamic Feminis’.

Latar belakang gerakan Feminisme

Untuk kita memahami gagasan yang dibawa oleh gerakan ini adalah amat penting untuk kita mengetahui sejarah yang menjadi latar belakang terhadap idea yang dibawa oleh mereka. 
Kemunculan gerakan Feminisme ini bertitik tolak daripada pengalaman wanita barat yang ketika itu berada di bawah pemerintahan gereja iaitu pada zaman ‘Dark Ages’. 

- Advertisement -

Wanita pada zaman itu dianggap sebagai ‘Second Class’ wanita juga dianggap sebagai binatang buas yang berbahaya dan lebih teruk lagi, wanita tidak diberi sebarang hak walaupun di dalam keluarga, sehingga jikalau mereka mahu menyusukan anak sekalipun perlu kepada keizinan suaminya. 

Tradisi Patriarki yang ekstrem di dalam gereja

Tradisi Patriarki yang ada di dalam gereja menjadi penyebab terbesar penindasan terhadap wanita Barat. Sehingga di dalam Bible sendiri mengandungi ayat-ayat yang menindas para wanita. 

Mereka mengatakan bahawa kesengsaraan yang ditanggung oleh kaum wanita dari awal kelahiran sehingga ditindas oleh kaum lelaki adalah kerana mewarisi dosa Hawa.

Inkuisisi di dalam Kristian

Di antara penyebab terbesar wujudnya gagasan Feminisme adalah inkuisisi di dalam Kristian. Ikuensisi adalah hukuman yang dikenakan terhadap kaum Heretic. 

3 ciri-ciri kaum Heretic:

(1) Religious belief contra to the ortodoxs doctorine Of Church.
(2) The rejection of any part of church dogma.
(3) Any opinion (Philisophy/Politic) Contra with official Doctorine of church.

Mudah untuk faham hukum ini dikenakan kepada sesiapa sahaja yang bercanggah dengan gereja, di dalam sejarah yang paling ramai dihukum dengan inkuisisi ini adalah kaum wanita.

Sehingga kebanyakan alat-alat hukuman inkuisisi dicipta khas untuk menghukum kaum wanita. 

Wanita mula protes

Kerana pengalaman ini wanita mula bangkit dengan tindakan untuk melawan Patriarki yang ada di dalam gereja. 

Dengan cara menafsirkan kembali Bible dengan menerbitkan ‘Women Bible’ dan juga menuntut hak mereka semasa Revolusi Perancis.

Pendirian wanita terhadap Bible

Wanita pada ketika itu mempunyai 3 pendirian yang berbeza terhadap Bible:

(1) Menolak Bible secara keseluruhan.

(2) Mengambil sebahagian ayat yang tidak diskriminasi wanita.

(3) Menafsirkan semula Bible

Jika kita amati gerakan Feminisme ini kita akan dapati banyak pecahan aliran di dalam Feminisme tetapi mereka disatukan untuk melawan Patriarki di dalam gereja.

Istilah Feminisme

Istilah Feminisme wujud pada abad yang ke-18 merujuk kepada perjuangan hak-hak wanita dalam politik dengan membawa slogan ‘wanita juga adalah manusia’.

Sebelum perkataan Feminisme wujud mereka menggunakan perkataan ‘Womanisme’, ‘Women Movement’ dan ‘Women Question’

Kesimpulan

Gerakan Feminisme ini muncul sama juga seperti muncul kebanyakan ideologi yang lain adalah kerana pengalaman dan trauma dengan pemerintahan gereja pada zaman Dark Ages

Sangat pelik jika wanita Muslim mengangkat perjuangan Feminisme dan menjadikan Feminisme ini sebagai solusi terhadap masalah-masalah wanita kerana seolah-olah mereka melalui pengalaman dan trauma yang sama. 

Islam adalah sebaik-baik solusi”

UMAR MOKHTAR – HARAKAHDAILY 16/3/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -