Tingkat kompaun didik rakyat patuhi SOP

- Advertisement -

KANGAR: Individu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM10,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, jumlah kompaun yang dikenakan bukan muktamad dan bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

Kata beliau sekiranya kesalahan yang dibuat adalah kesalahan kecil atau biasa umpamanya tidak memakai penutup separuh muka dan tidak mengimbas bar kod melalui aplikasi MySejahtera bukan kategori kesalahan yang boleh dikenakan kompaun RM10,000.

“Kerajaan memberi jaminan untuk menyelesaikan kaedah perlaksanaan contohnya mengikut jenis kesalahan yang boleh dikenakan kompaun.

- Advertisement -

“Misalnya jika tidak mengenakan pelitup muka berapa jumlah emaun yang boleh dikenakan dan jika tidak mampu bayar, mereka boleh membuat rayuan di mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Lawatan Delegasi Jawatan Kuasa Pengurusan Darurat di Kompleks Dun Kangar hari ini.

Baru-baru ini bekas menteri Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan tindakan kerajaan mengenakan kompaun RM10,000 kepada mereka yang melanggar SOP menyusahkan rakyat.

Takiyuddin juga peruntukan itu terkandung dalam ordinan darurat dan diwartakan 25 Februari lepas.

Katanya, ordinan terbabit melibatkan Seksyen 25 Akta 342, di mana sebelum ini individu yang melanggar peraturan boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM1,000.

“Tujuan kerajaan menaikkan kadar kompaun sebagai langkah pengajaran dan pencegahan supaya rakyat Malaysia sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau turut mengucap tahniah kepada kerajaan dan rakyat Perlis kerana mencapai tahap mematuhi SOP sehingga 98 peratus. – HARAKAHDAILY 15/3/2021

- Advertisement -