DAP yang ‘Muhibah, Demokratik, Adil dan Peduli’

- Advertisement -

TEMA sambutan ulang tahun yang ke-55 DAP pada 18 Mac 2021 seperti yang diumumkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, adalah ‘Demokratik, Adil, Peduli: Muhibah’. Semalam, empat hari sebelum sambutan ulang tahun ini berlangsung, prinsip ‘Demokratik, Adil, Peduli: Muhibah’ DAP jelas tertonjol dalam Konvensyen DAP Perak.

Dalam Konvensyen DAP Perak kali ini ada pemilihan pimpinan di mana kem Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dicabar oleh kem Thomas Su dan M. Kulasegaran. Thomas Su dan Setiausaha Politik M. Kulasegaran, Cheong Chee King, mendakwa kepada Malaysia Kini bahawa kem Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham menipu.

- Advertisement -

Kata mereka, bentuk penipuan adalah menghubungi cawangan yang belum mendaftar dan memanggil perwakilan ini mengundi tanpa mengikuti prosedur dan melebihi masa. Akhirnya kem Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham menyapu bersih 15 kerusi dengan 12 pemenangnya adalah berbangsa Cina dan semua 5 kerusi lantikan juga diberi kepada Cina.

Dr Abdul Aziz Bari menjadi wakil tunggal Melayu dalam komposisi 20 pimpinan DAP Perak manakala V. Sivakumar dan A. Sivanesan pula mewakili kaum India. Thomas Su dan M. Kulasegaran yang kalah pula tidak dilantik ke sebarang jawatan walaupun kedua-duanya adalah MP dan M. Kulasegaran pula adalah mantan Menteri. Tidakkah cantik wajah ‘Demokratik, Adil, Peduli: Muhibah’ DAP ini?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 15/2/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -