KUALA LUMPUR: Pihak Jabatan Pengarang Harakah memohon maaf berikutan kesilapan yang berlaku pada foto penama Dr. Wan Rohila Ganti Wan Abdul Gapar yang disiarkan di muka surat belakang Harakah bilangan 2631 bertajuk “PAS PENYATU”.
Harakah telah tersilap menyiarkan foto To Puan Nurul Izatee Md Yusof sebagai Dr Wan Rohila Ganti Wan Abdul Gapar.
- Advertisement -
Harakah akan turut menyiarkan ralat ini dalam Harakah bilangan 2632 bertarikh 15 Mac 2021 (Isnin).
Jabatan Pengarang Harakah sekali lagi memohon maaf kepada dua-dua pihak yang terlibat atas kesilapan yang tidak disengajakan ini.
Pihak Jabatan Pengarang akan lebih berhati-hati dalam menyiarkan sebarang foto agar kesilapan ini dapat dielakkan pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 12/3/2021