PAS Parit Sulong sedarkan kepentingan imunisasi COVID-19

- Advertisement -

PARIT SULONG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Sulong telah menggerakkan inisiatif penerangan kepada masyarakat menerusi ‘Kempen Imunisasi COVID-19, Jom Vaksin!’ yang diadakan di Taman Sri Sulong, di sini kelmarin dahulu.

Usaha ini untuk memberi kefahaman kepada awam dan memanjangkan galakan kepada orang ramai untuk turut mengambil vaksin COVID-19 yang disediakan percuma dan disasarkan kepada 70 peratus rakyat negara ini.

- Advertisement -

Pada penerangan tersebut, orang awam yang ditemui diberikan panduan untuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera serta dijelaskan hukum pengambilan sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa.

Ketua Pemuda PAS Parit Sulong, Faizal Rizal Abdul Hamid berharap orang ramai tidak ragu-ragu untuk mendaftarkan diri dan keluarga bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut sebagai usaha mendapat imunisasi.

Program yang mendapat reaksi positif para pengunjung pasar malam itu telah dijayakan sama dengan kehadiran para pimpinan PAS Parit Sulong antaranya Timbalan Yang Dipertua, Selamat Abdul Hamid dan Ketua Muslimat, Zalilah Suradi.

Juga Pengerusi Guru PASTI, Napsiah Selamat dan Komandan Jabatan Amal, Hanafie Yusof serta Ketua PAS Cawangan Sri Sulong, Leham Md Som dan Ketua Alternative Riding Club, Ustaz Md Noor Mahmood. – HARAKAHDAILY 10/3/2021

- Advertisement -