Kenapa nama Yang di-Pertuan Agong terus diburukkan?

SETELAH lebih setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, belum habis-habis lagi nampaknya usaha memburuk-burukkan nama Yang di-Pertuan Agong walaupun Istana Negara telah berkali-kali membuat penjelasan mengenainya.

Terbaru, seorang individu menulis di tweetnya begini: ‘Najib sahkan YDP Agong yang minta Umno sokong Muhyiddin selepas Tun Mahathir letak jawatan.’ [1]

Advertisement

Tweet ini dibalas pula oleh tweet-tweet lain seperti begini:
(1) ‘Kalau betul 7 Sultan, 1 Raja dan 1 Yang Dipertuan Besar lakukan perkara ini. Ia sangat mengecewakan dan apa lagi harapan yang rakyat Malaysia ada?’ [2]
(2) ‘No wonder lah bila PH ada bukti SD sokongan majoriti 114 MP Agong tutup pintu istana tak nak jumpa.’ [3]
(3) ‘Maknanya betullah Royal Coup. memang bangsawan ini suka Umno sebab satu kapal.’ [4]

Tweet-tweet ini disambut pula dalam facebook seperti begini:
(1) ‘Itu sebab (Yang di-Pertuan Agong) berehat di IJN. Kita boleh agak. Cuma Allah tak jadikan betul-betul sakit. Tunggu aje lah. Dulu bapak yang nampak hebat, termati juga.’ [5] 

Soalnya mengapa usaha memburuk-burukkan nama Yang di-Pertuan Agong masih berterusan? Tidak bolehkah dilakukan sesuatu yang benar-benar tegas untuk menghalang perkara ini?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 10/3/2021

[1] https://twitter.com/amofficialmy/status/1369123741993594884
[2] https://twitter.com/Hafizfrd/status/1369158649310973952
[3] https://twitter.com/BinLaden824/status/1369135115494780940
[4] https://twitter.com/pearlteaz83/status/1369426723536859138
[5] https://facebook.com/story.php?story_fbid=10224377533928061&id=1296664022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.