Kajian: Muhyiddin masih pilihan utama rakyat

Walaupun peratus sokongan menunjukkan penurunan

- Advertisement -

KAJIAN bersemuka telah dijalankan oleh QGA terhadap rakyat di zon Selatan luar bandar melibatkan masyarakat Melayu, Cina dan India. Secara keseluruhan, pemimpin utama yang menjadi pilihan rakyat mengikut kedudukan adalah seperti berikut:

Pilihan 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin (49 peratus)
Pilihan 2: Lain-lain (22 peratus)
Pilihan 3: Datuk Seri Anwar Ibrahim (11 peratus)
Pilihan 4: Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (10 peratus)
Pilihan 5: Dato’ Seri Najib Razak (8 peratus)

Jika dipecahkan mengikut kaum, kaum Melayu dan kaum India memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala kaum Cina memilih lain-lain (selain pemimpin sedia ada).

- Advertisement -

Seramai 28 peratus responden menyatakan Logo Gabungan lebih sesuai digunakan oleh parti-parti di Malaysia, 10 peratus responden lebih suka memilih Logo Parti dan selebihnya iaitu majoriti tidak pasti logo yang sesuai bagi gabungan parti.

Faktor utama responden untuk memilih sesuatu parti atau gabungan adalah mereka yang mengutamakan pemulihan ekonomi negara dan mengambil berat kebajikan rakyat

Apakah faktor utama penolakan responden terhadap sesebuah parti atau gabungan?

Apakah faktor penarik responden kepada sesebuah parti atau gabungan?

Apakah 5 ciri utama pemimpin pilihan responden? 

Kajian bersemuka di zon Selatan luar bandar: Kawasan campuran

Pecahan kaum

(1) Kaum Melayu dan kaum India memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin pilihan utama.

(2) Walau bagaimanapun, kaum Cina memilih lain-lain pemimpin dari yang disenaraikan sebagai pemimpin utama pilihan mereka. Hanya 23 peratus dari mereka yang memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin.

(3) Kaum Melayu paling ramai memilih Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang iaitu 15 peratus sebagai pilihan kedua dengan perbezaan ketara berbanding kaum Cina dan India, masing-masing 1 peratus dan 4 peratus.

(4) Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi 20 peratus dan 9 peratus daripada kaum Cina dan India sebagai pilihan ketiga.

Kumpulan umur

(1) Semua kumpulan umur memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin utama pilihan.

(2) Kumpulan umur 20 – 30 tahun memilih Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai pilihan kedua tertinggi.

(3) Walau bagaimanapun, pilihan lain-lain ialah kedua tertinggi bagi kumpulan umur 31 tahun dan ke atas.

(4) Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menjadi pilihan ketiga tertinggi bagi golongan berusia 40 tahun ke atas.

Kumpulan pendapatan isi rumah

(1) Pemimpin pilihan rakyat bagi golongan pendapatan isi rumah B40 adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

(2) Walau bagaimanapun, golongan pendapatan isi rumah M40 dan T20 memilih lain-lain pemimpin dari yang tersenarai sebagai pemimpin utama pilihan mereka.

(3) Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang juga semakin menjadi pilihan golongan M40 dan T20 sebagai pilihan ketiga tertinggi berbanding golongan B40.

Secara keseluruhan, pemimpin utama yang menjadi pilihan rakyat adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu sebanyak 49 peratus responden memilihnya.

Pilihan lain-lain menjadi pilihan kedua tertinggi (22 peratus), Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di tangga ketiga tertinggi (11 peratus) diikuti dengan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Najib Razak

Ketahui dengan lebih lanjut dan terperinci melalui dapatan QGA dalam ‘Analisa Persepsi Kepimpinan dan Solusi Pilihan Rakyat Di Malaysia’ (Zon Selatan Luar Bandar: Kawasan Campuran)’

Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/analisaqga6/

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 10/3/2021

https://www.facebook.com/2284919521796917/posts/2866079523680911/

https://www.facebook.com/2284919521796917/posts/2866560003632863/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -