Pemain KUFC perlu bangkit bertemu PDRM

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan United (KUFC) digesa memperbaiki kelemahan dan kembali memburu kemenangan di laman sendiri apabila menerima kunjungan PDRM FC di Stadium Sultan Muhammad IV petang esok.

Penolong pengurus KUFC, Nik Khuzaimi Nudin berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan terutama pada separuh masa kedua ketika menentang Sarawak United FC biarpun akur tewas kepada pasukan itu.

Katanya, skuad bimbingan Akira Higashiyama itu perlu melupakan kekalahan lepas dan bangkit menebus kekalahan pada aksi kedua Liga Premier berdepan Saka Biru.

- Advertisement -

“Prestasi pemain ketika bermain di Melaka tidaklah terlalu buruk biarpun melepaskan dua gol. Saya berharap semua kelemahan dapat dibaiki segera agar tiga mata buruan tidak terlepas.

“Pemain perlu baiki semula kekurangan bagi mendapatkan kembali keyakinan dengan cuba mengalahkan PDRM FC,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada perlawanan pertama Liga Premier, KUFC tewas 0-2 kepada Sarawak United FC menerusi jaringan Christe Jayaseelan pada minit ke-12 dan Uche Agba pada minit ke-32. – BERNAMA

- Advertisement -